Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

HABIB Berkolaborasi Dengan Didi & Friends, Lancar Koleksi Emas Eksklusif

Nur Farra

HABIB, jenama barang kemas terkemuka Malaysia, tampil dengan kolaborasi terbaharu bersama siri animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends. Dikenali dengan lagu dan kandungan edutainment, Didi & Friends bermula di YouTube sebelum meraih populariti di Malaysia dan Asia Tenggara.

Sempena kerjasama ini, HABIB memperkenalkan wafer emas 999.9 edisi terhad dengan tiga karakter utama Didi, Nana dan Jojo diinspirasikan daripada ayam Serama Malaysia. Turut dilancarkan, loket emas 999 edisi istimewa dengan rekaan 3D dan warna enamel, yang boleh dipadankan dengan rantai untuk gaya elegan dan ceria.

Koleksi HABIB x Didi & Friends bukan sekadar perhiasan, tetapi juga inisiatif untuk mendidik kanak-kanak menabung dan mengenal nilai kewangan sejak kecil. Ia sesuai dijadikan koleksi peribadi atau hadiah bermakna untuk semua peminat.

Pelancaran rasmi diadakan pada 9 Ogos 2025 di HABIB Aeon Mall Alpha Angle, diserikan dengan kemunculan maskot Didi, Nana dan Jojo. Pengunjung berpeluang bergambar, melihat koleksi eksklusif secara dekat dan menyertai pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Pengerusi Eksekutif HABIB, Dato’ Sri Meer Habib berkata:

“Didi & Friends sangat dekat di hati keluarga Malaysia, sama seperti HABIB. Kolaborasi ini meraikan nilai murni seperti kreativiti dan pendidikan, sambil mencipta sesuatu yang bermakna dan bernilai untuk jangka panjang.”

Koleksi HABIB x Didi & Friends boleh didapati di setiap bilik pameran HABIB seluruh Malaysia. Wafer emas HABIB x Didi & Friends dijual pada harga RM148 setiap satu dan RM444 untuk satu set yang merangkumi ketiga-tiga karakter.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB seperti Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).