Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Idea Mini Pantry Yang Buat Dapur Kecil Nampak Wow
Gambar AI
Tiada Kategori

10 Idea “Mini Pantry”, Buat Dapur Kecil Nampak Wow

suhaila

Idea Mini Pantry Yang Buat Dapur Kecil Nampak Wow

Siapa kata dapur kecil tak boleh bergaya. Hakikatnya, dengan susun atur yang bijak dan pemilihan ruang simpanan yang kreatif, dapur yang sempit pun boleh nampak wow, kemas dan menyenangkan mata memandang.

Ramai yang mengeluh tiada ruang untuk buat pantry tetapi sebenarnya ia tak memerlukan kawasan yang besar.

Cukup dengan satu sudut kecil, sedikit perancangan dan beberapa elemen simpanan yang sesuai anda sudah boleh menghasilkan sebuah mini pantry yang praktikal dan estetik.

Mini pantry bukan sahaja menjadikan dapur lebih tersusun malah menjimatkan masa ketika memasak kerana semua barang keperluan mudah dicapai.

Ia juga membantu anda lebih bijak merancang pembelian barang dapur kerana segalanya tersusun rapi dan jelas kelihatan.

Artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa idea mini pantry yang bukan sahaja dapat menjimatkan ruang malah mampu mengubah rupa dapur kecil anda jadi lebih kemas, teratur dan bergaya macam dapur dalam majalah.

Sama ada anda tinggal di apartment studio atau rumah comel bertingkat, idea-idea ini pasti boleh disesuaikan dengan keperluan dan gaya hidup harian anda.

1. Rak tinggi menegak

Salah satu cara paling berkesan untuk menambah ruang simpanan dalam dapur kecil ialah menggunakan rak menegak.

Rak tinggi dan langsing yang menjulur ke siling boleh memuatkan pelbagai jenis barangan seperti bekas rempah, stok makanan kering, balang biskut atau botol minuman.

Reka bentuknya yang menjimatkan ruang lantai sangat sesuai untuk ruang sempit yang tidak mampu menampung kabinet besar.

Dengan memilih rak terbuka atau rak berbakul, bukan saja dapur kelihatan lebih teratur malah anda boleh capai barang dengan lebih pantas.

Anda juga boleh gunakan bekas jernih atau label setiap barangan supaya tak perlu menggodek satu rak hanya untuk mencari garam dan anda sentiasa tahu bila masa untuk restock.

2. Manfaatkan bahagian belakang pintu

Siapa sangka belakang pintu pun boleh menjadi ruang simpanan. Anda hanya perlukan rak gantung atau organiser pintu yang boleh dipasang dengan mudah tanpa perlu menebuk dinding.

Ruang ini sesuai untuk menyimpan uncang teh, botol sos, perencah segera, tisu gulung atau peralatan dapur kecil.

Ia menjadikan barangan harian lebih mudah dicapai tanpa perlu mengambil ruang permukaan dapur yang sedia sempit.

Selain itu, menggunakan ruang yang tersembunyi seperti ini dapat menjadikan keseluruhan dapur lebih tersusun dan tampak terancang.

Upgrade Dapur Kecil: Mini Pantry Style 2025

3. Troli bertingkat bergerak

Troli bertingkat yang slim dan mudah dialih ialah penyelamat bagi dapur kecil. Anda boleh menyimpannya di celah peti sejuk, tepi kabinet atau tarik keluar bila perlu.

Troli jenis ini sesuai untuk menyimpan makanan kering, peralatan memasak, stok minuman atau barangan baking.

Ia bukan sahaja memudahkan pergerakan di ruang dapur sempit malah boleh dibawa terus ke meja makan jika perlu. Pilih troli yang mempunyai roda dan warna yang sepadan dengan konsep dapur anda.

Ianya bukan saja praktikal malah menambah dapat gaya dan karakter tersendiri pada dapur kecil anda.

4. Kabinet gantung mini untuk sudut kosong

Di samping itu, kalau ada sedikit ruang kosong pada dinding dapur, pertimbangkan untuk memasang kabinet mini atau rak gantung.

Ia boleh menjadi tempat simpanan tambahan untuk barangan yang anda guna setiap hari seperti mug, bekas rempah, pinggan kecil atau tuala dapur.

Pilihan kabinet gantung yang sesuai bukan sahaja dapat membantu mengurangkan beban di permukaan kaunter malah dapat memberi ilusi dapur yang lebih luas.

Rak jenis ini sangat sesuai jika anda mahu elakkan dapur nampak berserabut di atas kaunter. Material ringan seperti plywood atau besi hollow amat sesuai untuk dapur kecil dan tidak membebankan struktur dinding malah tampil moden dan minimalis.

5. Rak tarik dalam kabinet

Naik taraf kabinet sedia ada dengan memasang sistem rak tarik (pull-out rack). Anda tidak lagi perlu menyelongkar sampai ke bahagian belakang semata-mata untuk cari satu tin sardin.

Rak jenis ini bukan sahaja memudahkan capaian malah menjadikan segala-galanya lebih tersusun.

Terutamanya bagi bahan makanan kering, botol minyak atau peralatan memasak yang jarang digunakan. Ianya sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai ramai ahli atau suka menyimpan stok dalam jumlah besar.

Dengan sistem ini, setiap ruang dalam kabinet benar-benar dimanfaatkan secara maksimum.

BACA : IC Rosak, Ganti Online Untuk Semak Bayaran Sara RM100

6. Bekas bertingkat dan bekas jernih

Selain itu, anda juga boleh gunakan bekas yang bertingkat atau bekas jernih untuk menyimpan stok makanan seperti bijirin, pasta, biskut atau gula.

Apabila anda boleh melihat kandungan dalam bekas dengan jelas, ia bukan sahaja menjimatkan masa semasa memasak tetapi juga memudahkan pengurusan stok.

Anda juga boleh mengelakkan pembaziran kerana anda tahu dengan tepat apa yang masih ada dan apa yang perlu dibeli.

Tambahkan label yang ringkas tetapi kemas supaya sesiapa sahaja yang masuk dapur tahu di mana letaknya barang. Ia juga memudahkan mereka membantu mengambil atau menyusun semula barang tanpa perlu bertanya.

7. Rak sudut

Sudut dapur sering menjadi ruang yang terbiar. Tetapi dengan sedikit kreativiti, ia boleh bertukar menjadi mini pantry yang comel.

Pasang rak sudut yang berbentuk segi tiga atau bulat untuk meletakkan botol rempah, minyak masak atau stok makanan ringan.

Ini juga memberikan lebih banyak pilihan tempat simpanan tanpa perlu menambah kabinet besar yang menyesakkan. Sudut yang dulunya sunyi kini boleh jadi salah satu sudut paling berguna dalam dapur kecil anda

Ia mungkin juga akan menjadi sudut kegemaran anda untuk membuat kopi setiap pagi. Anda boleh menghiasnya dengan sedikit elemen dekoratif seperti balang kaca, pasu kecil atau papan tanda mini untuk menaikkan suasana.

Dengan pencahayaan yang sesuai, sudut ini juga boleh jadi titik fokus yang menceriakan keseluruhan dapur.

8. Sistem rail dan S hook

Pasang batang rail besi di dinding dan gunakan cangkuk S untuk menggantung senduk, gunting dapur, mug atau bakul kecil yang boleh diisi uncang teh dan rempah.

Konsep terbuka seperti ini sangat sesuai untuk gaya dapur moden dan minimalis. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan ruang atas kaunter dan dalam kabinet tetapi juga menjadikan dapur anda kelihatan seperti dapur profesional yang tersusun.

Selain itu, susunan ini juga dapat memudahkan kerja memasak kerana semua peralatan berada dalam jangkauan tangan. Anda juga boleh menukar susun atur atau menambah cangkuk mengikut keperluan tanpa perlu sebarang ubah suai yang besar.

9. Bakul tambahan bawah rak kabinet

Jika anda ada kabinet terbuka, anda boleh tambah satu tingkat dengan menyelitkan bakul besi di bawah rak yang sedia ada.

Ia boleh digunakan untuk menyimpan uncang teh, stok mee segera, bungkusan keci, atau barang yang sering diguna. Sistem ini amat ideal untuk menyimpan barangan ringan yang mudah bersepah jika tidak disusun rapi.

Konsep ini tidak memerlukan ubah suai yang besar. Cukup hanya dengan sedikit kreativiti dan susun atur yang bijak untuk menghasilkan dapur kecil yang tetap efisien.

Malah, penggunaan ruang bawah rak ini dapat membantu anda memaksimumkan setiap inci kabinet yang selama ini mungkin tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengasingkan kategori barangan tanpa perlu menambah ruang simpanan baharu.

10. Bakul bertema dan berlabel

Akhir sekali, gaya dan suasana dapur kecil anda boleh diperkemaskan lagi dengan penggunaan bakul atau kotak simpanan bertema. Pilih warna atau material yang sepadan seperti rotan, kayu atau plastik putih minimalis.

Susun mengikut kategori seperti “Snacks”, “Baking”, “Breakfast” atau “Instant Food”.

Pendekatan ini bukan sahaja mencantikkan susunan tetapi turut membantu untuk memupuk disiplin penyusunan dan memudahkan semua ahli keluarga mencari barang tanpa bertanya.

Apabila semua tersusun dan berlabel, mini pantry anda bukan sahaja nampak lebih teratur, malah menjadikan dapur kecil dan sempit terasa lebih tenang dan menyenangkan untuk digunakan setiap hari.

Kesimpulannya, memiliki mini pantry yang cantik dan tersusun tidak memerlukan ruang yang besar atau bajet yang tinggi.

Apa yang diperlukan hanyalah perancangan bijak, sedikit kreativiti dan keazaman untuk menjaga kekemasan ruang dapur yang kecil secara konsisten.

Dengan gaya penataan yang betul dan pemilihan elemen simpanan yang pintar, dapur kecil anda mampu berubah menjadi ruang memasak yang lebih tenang, tersusun dan menyeronokkan untuk digunakan setiap hari walaupun sekadar sebuah sudut kecil di hujung dapur.

Sumber : pinterest, houzz

BACA : 7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas