Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Atasi Indonesia, Malaysia “Top 1” Pasaran Kereta Terbesar ASEAN
Malaysia mencatat sejarah baharu dalam dunia automotif apabila mengatasi Indonesia sebagai pasaran kereta terbesar ASEAN pada suku kedua 2025.
Menurut data terkini yang dikongsikan oleh SeaAsia, jualan kereta Malaysia menunjukkan peningkatan walaupun berdepan cabaran ekonomi.
Kejayaan ini didorong oleh dua jenama nasional, Perodua dan Proton dengan menguasai 63 peratus pasaran.
Model popular seperti Perodua Alza dan Proton Saga mampu terus bersaing rapat dengan model seperti Toyota Vios dan Honda City.
Kerjasama strategik antara Perodua–Daihatsu dan Proton–Geely ini membuahkan hasil apabila teknologi moden syarikat ini dibawa masuk ke kilang tempatan, disamping mengekalkan identiti nasional.
Faktor ini turut didorong oleh dasar Kerajaan yang menjadi tulang belakang kejayaan negara dalam memperkukuh industri ini.
“Menurut data, dalam separuh pertama 2025, jualan EV di Malaysia melonjak 91 peratus berbanding tahun sebelumnya, mencecah 12,733 unit.
“Jualan hibrid pula meningkat 12 peratus, mencapai 17,480 unit,” maklum kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, pasaran kereta Indonesia pula merekodkan kemerosotan, sebanyak 12 peratus pada suku kedua.
Antara faktor kemerosotan penjualan ini automotif negara itu adalah disebabkan kuasa beli kelas pertengahan yang semakin lemah dan kredit pengguna yang lebih ketat.
Data Badan Pusat Statistik Indonesia menunjukkan kelas pertengaha menjadi nadi utama dalam permintaan pengguna.
“Ia menyusut daripada 21.4 peratus populasi pada 2019 kepada hanya 17.1. peratus pada 2024.
“Apabila kelas pertengahan mengecil, ia memberikan ke seluruh sektor, termasuk industri automotif,” menurut laporan itu lagi.
Dalam pada itu, sektor automotif Thailand kembali pulih dengan peningkatan pengeluaran selepas 21 bulan, dipacu pelaburan besar dalam hab pembuatan EV.
Manakala dominasi lama jenama Jepun di ASEAN semakin melemah, dengan persaingan dari jenama lain seperti tempatan, China dan Korea Selatan.
Sumber: SeaAsia