Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Netizen ‘Gelisah’, Wanita Kongsi Anak Kembar Belum Ada Nama Lagi
Anak bukan sekadar penyeri rumah tangga, tapi adalah hadiah paling indah dari Allah SWT.
Sejak detik pertama melihat keputusan ujian kehamilan memaparkan tanda ‘bergaris dua’, hati pasangan mana yang tidak berbunga?
Perasaan gembira bercampur debar pasti menyelimuti diri, membayangkan perjalanan panjang sembilan bulan yang dipenuhi doa dan harapan.
Apabila tiba hari yang dinanti pula, saat si kecil lahir dengan selamat, ia menjadi momen yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Begitulah juga yang dirasai oleh sepasang suami isteri ini apabila dikurniakan sepasang anak kembar.
Namun, berita gembira itu menjadi tular di media sosial bukan sekadar kerana kelahiran tersebut.
Tetapi, ia kerana anak kembar mereka sudah lahir lebih seminggu, namun masih belum lagi mempunyai nama.
Keadaan ini membuatkan ramai netizen ‘gelisah’ dan tidak sabar untuk membantu mencadangkan nama yang sesuai.
Lebih menghiburkan, wajah si ayah dalam gambar yang dikongsi seolah-olah buntu memikirkan pilihan nama terbaik untuk kedua-dua cahaya mata itu.
Gelagatnya membuatkan ramai terhibur, apatah lagi dengan gaya blur seakan memikirkan ujian akhir zaman memilih nama yang sedap didengar, sedap ditulis dan sedap disebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat.
Ada yang benar-benar memberi cadangan bernas dan indah maknanya. Namun, tidak kurang juga yang memberikan idea kreatif yang boleh dikatakan ‘tak boleh pakai langsung’.
Memang betul-betul tak relax netizen yang baik hati nak tolong pasangan ini.



Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan ini atas kelahiran puteri kembar mereka.
Semoga kedua-duanya membesar dengan sihat, menjadi anak solehah yang boleh berbakti dan membahagiakan ibu bapanya.
BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’
BACA: Pelajar Jepun Teruja Jumpa Tun M, Siap Beratur Nak Salam Tangan
BACA: Hantar Adik Bongsu Sambung Belajar, “Abang Paling Garang” Gagal Tahan Tangis
Sumber: TikTok @afeeya_alisha