
China Bangunkan ‘Robot Hamil’ Pertama Di Dunia
BEIJING — Sebuah syarikat teknologi di China, Kaiwa Technology kini sedang membangunkan robot hamil yang pertama di dunia, lapor Daily Mail UK.
Menurut pakar, robot humanoid itu dilengkapi dengan rahim buatan yang menerima nutrien melalui tiub khas dan mampu mengandungkan bayi sehingga cukup bulan sebelum melahirkannya.
Prototaip robot itu dijangka diperkenalkan tahun depan, dengan harga jualan sekitar 100,000 yuan (sekitar RM58,600).
Pengasas syarikat Kaiwa Technology, Dr. Zhan Oifeng merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membangunkan robot ini.
Pendedahan Dr. Zhang dibuat dalam satu temu bual yang dikongsi di platform Duoyin.
Difahamkan, robot itu mampu meniru keseluruhan proses dari persenyawaan hingga kelahiran.
Tambah Dr. Zhan Oifeng, teknologi rahim buatan kini sudah berada pada peringkat matang dan hanya perlu dipasang ke dalam abdomen robot.
Dalam pada itu mengenai isu etika dan undang-undang, beliau menjelaskan telah mengadakan forum perbincangan bersama pihak berkuasa di Wilayah Guangdong serta mengemukakan cadangan berkaitan sambil membincangkan dasar dan perundangan.
Setakat ini, pakar belum menjelaskan secara terperinci bagaimana proses persenyawaan dilakukan ke dalam rahim buatan itu.
Sebelum ini, saintis pernah berjaya mengekalkan anak kambing pramatang hidup selama beberapa minggu menggunakan rahim buatan.
Pada 2022, sekumpulan penyelidik dari Hospital Kanak-Kanak Philadelphia yang turut membangunkan rahim buatan. Malah menerbitkan artikel tentang pertimbangan etika teknologi itu.
Sumber:
Oddity Central
,
Daily Mail UK