Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Cara Check "Scammer Online" Melalui Semak Mule PDRM
Gambar AI
Tiada Kategori

Cara Check “Scammer Online” Melalui Semak Mule PDRM

suhaila

Cara Check “Scammer Online” di Malaysia Melalui Semak Mule PDRM

Kes penipuan dalam talian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun dan taktik mereka juga semakin licik. Ada sahaja kisah individu yang menjadi mangsa.

Ada yang tertipu ketika membeli barang secara dalam talian, ada yang diperdaya dengan pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan lumayan dan tidak kurang juga yang terjerat dalam perangkap love scam yang memanipulasi emosi.

Lebih membimbangkan, ramai mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas wang dipindahkan ke akaun penipu.

Namun kini, orang ramai mempunyai pilihan untuk melindungi diri lebih awal dengan membuat semakan sebelum melakukan sebarang transaksi iaitu melalui portal rasmi Semak Mule yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Apa itu Semak Mule PDRM?

Semak Mule ialah sebuah portal rasmi yang dibangunkan oleh PDRM khusus untuk membantu orang awam mengesan maklumat yang berpotensi digunakan oleh scammer.

Portal ini membolehkan anda menyemak sama ada nombor akaun bank atau nombor telefon yang diberikan oleh seseorang pernah dilaporkan terlibat dalam kes penipuan.

Maklumat dalam pangkalan data ini disediakan dan dikemas kini oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM.

Dengan hanya memasukkan nombor yang ingin disemak, anda boleh mendapatkan maklumat penting yang mungkin menyelamatkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Semak Mule PDRM

Tujuan platform Semak Mule PDRM

Tujuan utama platform Semak Mule ini diwujudkan oleh PDRM adalah untuk memerangi jenayah komersial dengan memberi peluang kepada orang ramai mengenal pasti akaun bank atau nombor telefon yang pernah digunakan dalam kes penipuan.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kewujudan akaun “mule”, iaitu akaun bank yang digunakan oleh sindiket untuk menerima atau memindahkan wang hasil penipuan.

Selain itu, platform ini menggalakkan masyarakat membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Melalui platform ini, PDRM berharap dapat mengurangkan jumlah mangsa penipuan dalam talian dan pada masa yang sama memudahkan siasatan terhadap sindiket yang semakin licik.

Menariknya, Semak Mule boleh diakses secara percuma oleh semua pihak termasuk orang awam, peniaga dan institusi kewangan.

Antara fungsi utamanya ialah membolehkan pengguna menyemak nama syarikat bagi memastikan kesahihan entiti perniagaan, memeriksa nombor akaun bank untuk mengetahui sama ada ia pernah terlibat dalam laporan penipuan serta mengesan nombor telefon yang dikaitkan dengan aktiviti scam.

Hal ini penting kerana banyak laporan polis telah dibuat berkaitan penipuan dalam talian seperti jual beli barang secara online, tempahan homestay melalui media sosial dan pelbagai lagi modus operandi yang digunakan oleh penjenayah.

Oleh itu, sebelum memindahkan wang atau membuat pembayaran, lakukan semakan terhadap nombor akaun dan nombor telefon yang diberikan.

Langkah mudah ini boleh menjadi benteng utama anda daripada terjerumus menjadi mangsa scammer yang semakin berani beroperasi di alam maya.

Cara menggunakan Semak Mule PDRM

  1. Layari laman rasmi

    • Buka pelayar internet seperti Google Chrome, Safari, atau Microsoft Edge, dan pergi ke pautan rasmi Portal Semak Mule.

  2. Pilih kategori semakan

    • Anda boleh memilih untuk menyemak nombor akaun bank atau nombor telefon yang diberikan oleh individu, penjual atau mana-mana pihak yang ingin berurusan dengan anda.

  3. Masukkan maklumat

    • Taip nombor akaun bank atau nombor telefon tersebut di ruang carian yang disediakan. Pastikan anda memasukkannya dengan tepat untuk mendapatkan hasil semakan yang betul.

  4. Klik ‘Search’ atau ‘Semak’

    • Portal akan memaparkan hasil carian.

    • Jika nombor tersebut pernah dilaporkan terlibat dalam kes penipuan, maklumat kes serta laporan berkaitan akan dipaparkan untuk rujukan anda.

  5. Buat tindakan lanjut

    • Jika hasil semakan menunjukkan maklumat yang mencurigakan atau pernah terlibat dalam kes penipuan, elakkan daripada membuat sebarang pembayaran. Segera laporkan kepada pihak polis. Anda boleh berbuat demikian di balai polis berdekatan atau melalui CCID Scam Response Centre untuk tindakan lanjut.

Kelebihan menggunakan Semak Mule PDRM

  • Percuma dan mudah diakses. Tiada bayaran dikenakan dan boleh digunakan pada bila-bila masa, 24 jam sehari.

  • Maklumat yang dipercayai. Semua data diperoleh terus daripada PDRM dan bukannya daripada sumber tidak rasmi.

  • Langkah pencegahan awal. Ianya dapat membantu anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sebelum memindahkan wang atau berkongsi maklumat peribadi.

Dalam dunia digital yang serba pantas ini, penipuan juga semakin canggih dan susah dikesan. Scammer boleh berpura-pura menjadi penjual yang mesra, pelabur yang berwibawa, atau malah rakan lama yang kononnya memerlukan bantuan segera.

Dengan kewujudan Semak Mule, kita mempunyai alat yang sangat berguna untuk melindungi diri dan wang ringgit daripada terjerumus dalam penipuan.

BACA : Beli iPhone “Secondhand?” Ini Tip Untuk Pembeli Bijak

BACA : Pilihan Warna Cat Rumah Yang Popular Untuk 2025