Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 10 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Tidak hanya itu, keadaan sama dijangka turut melanda keseluruhan negeri Perlis, Perak dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Jeli, Terengganu pula melibatkan Kemaman dan Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bera dan Rompin.
“Di Negeri Sembilan pula, daerah terlibat adalah Jelebu, Seremban dan Jempol, selain daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak pula adalah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah, daerah terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kerajaan Pertimbang Semula Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Peminjam PTPTN
Sumber: METMalaysia