‘Angkut’ 3 Kereta Dalam Sebulan, Abang Ni Bongkar Rahsia Menang Contest Anda Kena Cuba
“Saya menangis sepanjang hari. Saya tak percaya. Rasa macam mimpi… tapi Allah itu Maha Memberi.”
Itulah kata-kata Faiz Aizuddin, 39, ketika berkongsi pengalaman luar biasa beliau menang hadiah lumayan bertubi-tubi hanya dalam sebulan.
Mana tidaknya, dalam masa 30 hari sahaja, bekas guru ini berjaya memenangi tiga buah kereta, termasuk dua daripadanya pada hari yang sama.
“Ia satu dunia yang penuh peluang, penuh rezeki kalau kena caranya.” – Faiz
Menurut Faiz, segalanya bermula sewaktu beliau berumur 18 tahun, menunggu panggilan ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah.
Ketika itu, beliau menyertai peraduan SMS anjuran DiGi dan menjadi salah seorang daripada 8 pemenang utama, menerima hadiah berupa 10 bulan gaji.
Tambah manis, beliau adalah peserta termuda dalam senarai pemenang.
Koleksi hadiah luar biasa
Lebih menakjubkan, ini bukan kali pertama Faiz memenangi kereta. Sepanjang ‘kerjaya’ uniknya ini, beliau telah menikmati pelbagai ganjaran luar biasa. Ini termasuklah:
Lebih 6 kereta dan 10 motosikal
Pakej percutian tajaan ke UK, Korea, Turki, Australia, Filipina, Singapura dan banyak lagi
Tiket konsert VIP serta sesi meet-and-greet bersama artis antarabangsa seperti Justin Bieber & Jennifer Lopez
Perjalanan ke Old Trafford menyaksikan perlawanan bola sepak impian
Wang tunai puluhan ribu ringgit
Hadiah barangan elektrik, telefon pintar, jam mewah, barangan kemas dan banyak lagi
Slogan bukan sekadar frasa, tetapi seni, doa & taktik
Bercakap mengenai kekuatan utamanya iaitu peraduan penulisan slogan, Faiz menjelaskan:
“Saya menulis slogan macam menulis puisi. Setiap ayat mesti ada rasa.
“Saya bayangkan juri itu manusia yang sedang penat dan nak rasa dihargai. Kalau slogan saya boleh buat juri senyum, saya tahu saya ada peluang,” jelas Faiz tanpa berselindung.
https://www.threads.com/@faizaizuddin/post/DNe729soWVe?xmt=AQF0b3MvrwC-o2DgYDE4Eh8APHGL2A7cgsdwcqVsmpSwtA
Jelasnya, beliau menggabungkan teknik psikologi, kefahaman produk serta latar belakang sebagai pelajar undang-undang untuk membina slogan yang kuat dan menyentuh emosi.
Kini, beliau berkongsi rahsia ini melalui siri “Slogan: Retorik atau Frasa Menggoda Juri?” di media sosial, mencetus fenomena di kalangan ‘kaki contest‘ seluruh Malaysia.
Rahsia menang contest anda ‘wajib’ cuba
Dalam temu bual dengan Siakap Keli, Faiz tidak melepaskan peluang berkongsi tip menang contest buat mereka yang ingin mencuba nasib.
1. Keluarga sebagai tulang belakang
Menurut Faiz, pada awalnya, ada juga suara sumbang dan keraguan tentang kerjayanya yang tidak konvensional.
Namun, sokongan keluarga terutama isterinya menjadi kunci semangat untuk terus melangkah.
“Isteri saya tak pernah halang. Malah dia sendiri tolong susun resit, ambil gambar produk, bagi idea. Kadang kami brainstorming slogan macam buat kerja sekolah.
“Sekarang, mereka bangga. Dan itu lebih bermakna dari semua hadiah yang pernah saya menangi,” ujarnya penuh syukur.
Faiz turut menekankan kepentingan menjaga hubungan baik dengan pasangan sebagai sebahagian daripada keberkatan rezeki.
“Saya perasan kalau saya berkasar dengan isteri, susah sangat rezeki nak masuk. Tapi kalau saya cakap baik-baik dengan isteri, Masya-Allah rezeki melimpah ruah.
“Jadi kalau nak magnet rezeki sentiasa datang, kita perlu jaga hati pasangan kita. Minta mereka doakan kita setiap masa.
“Jangan pernah lukai hatinya kerana rezeki itu juga akan pergi bersama lukanya hati mereka,” katanya.
Selain itu, menerusi Thread, Faiz turut berkongsi tentang keberkesanan doa seorang ibu, yang dianggapnya sangat mujarab.
2. Solat Duha, sedekah & rezeki yang tidak putus
Selain itu, pentingnya menjaga hubungan dengan Allah.
“Saya mulakan setiap slogan dan sebarang bentuk peraduan dengan doa. Saya jaga solat Duha, saya sedekah ilmu, saya bantu orang.
“Bila kita buka ruang rezeki untuk orang lain, Allah buka untuk kita tanpa kita sedar,” kata Faiz.
Beliau percaya bahawa keberkatan dan adab memainkan peranan penting. Bahkan beliau turut berkongsi tip mengenal pasti peraduan sah dan cara elak scam, satu keprihatinan yang amat dihargai pengikutnya.
BACA: Lelaki Indonesia Cerita Sebab Malaysia Berbeza Dari Negara Lain
BACA: Datang Malaysia Dok Dengar Orang ‘Bising’ Pasal RXZ Members, Ini Kata Pelancong
BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’
Sumber: Instagram @faizaizuddin