Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
polis sahkan pelajar maut
Kredit: Bernama

Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium, Siasat Dakwaan Buli

Sofea

Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium, Siasat Dakwaan Buli

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan dua insiden melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari sebuah kondominium di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini pada Rabu lepas.

Beliau berkata dalam insiden pertama pada 6.48 pagi, seorang pelajar wanita berusia 22 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 22 dan ditemukan di tingkat lapan kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan yang dialami akibat terjatuh dari tempat tinggi… pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Pada 1.57 tengah hari, ibu mangsa yang berusia 53 tahun hadir membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kejadian itu dan mendakwa anaknya menjadi mangsa buli… ,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium, Siasat Dakwaan Buli

Fadil berkata dalam insiden kedua pada 9.35 malam, seorang lelaki berumur 21 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 35 blok dan ditemukan di bahagian belakang kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan yang dialami akibat terjatuh dari tempat tinggi dan tiada unsur jenayah dikesan… kes turut diklasifikasikan sebagai SDR,” katanya sambil menambah siasatan mendedahkan kedua-dua mangsa belajar di kolej swasta yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama