Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Enam Pangsapuri

Sofea
kanak-kanak tiga tahun
Kredit: Bernama

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Enam Pangsapuri

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata mangsa ditemukan di laluan pejalan kaki oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis pada 4.42 petang.

Beliau berkata mangsa disyaki terjatuh dari tingkat enam pangsapuri itu dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

BACA JUGA: Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium, Siasat Dakwaan Buli

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih diteruskan berkaitan kes itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil ke balai polis atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ainaa Athira (010-2762 186) bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA