Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pm anwar salur rxz
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

PM Anwar Salur Peruntukan Tambahan RM200,000 Untuk RXZ Members 7.0

Sofea

PM Anwar Salur Peruntukan Tambahan RM200,000 Untuk RXZ Members 7.0

KUALA NERUS, 23 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, di sini selama dua hari bermula semalam.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata peruntukan itu bertujuan menyuntik semangat penganjur untuk terus menganjurkan aktiviti sukan permotoran yang memberi impak ekonomi serta memperkukuh silaturahim.

Beliau berkata Program RXZ Members 7.0 yang majoritinya disertai golongan belia menjadi platform penting menghimpunkan peminat sukan permotoran dari seluruh negara sekali gus mengangkat industri itu ke tahap lebih tinggi.

“Sebelum ini Perdana Menteri telah memberikan peruntukan RM100,000 dan, hari ini saya mewakili beliau menyampaikan tambahan RM200,000, menjadikan keseluruhan sumbangan sebanyak RM300,000.

“Bantuan tambahan ini diusahakan sendiri oleh Perdana Menteri dengan sokongan syarikat korporat. Kita harap sokongan ini memberi dorongan kepada penganjur untuk terus menganjurkan program serupa pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu, hari ini.

BACA JUGA: Datang Malaysia Dok Dengar Orang ‘Bising’ Pasal RXZ Members, Ini Kata Pelancong

Sementara itu, Shamsul Iskandar menafikan dakwaan kononnya kerajaan menghalang penganjuran RXZ Members 7.0 melibatkan kerajaan Terengganu.

Katanya dakwaan itu tidak tepat kerana program tersebut dianjurkan secara persendirian tanpa membabitkan kerajaan negeri mahupun mana-mana ahli politik, selain sudah menjadi acara tahunan.

“Mereka (penganjur) hanya memohon pertimbangan Perdana Menteri untuk mendapatkan sokongan, dan beliau melihat program seperti ini sebagai ruang meraikan kepelbagaian dari seluruh negara serta peluang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sumber: BERNAMA