Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat, Ribut Petir di 10 Negeri & 2 Wilayah Pagi Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan hingga jam 4 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan lebat akan melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Keadaan cuaca itu juga akan berlaku di Kedah iaitu daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Kuala Muda.
Bagi negeri Perak, ia melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Di Kelantan pula, daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dijangka terlibat.
Manakala, di Pahang hanya melibatkan tiga daerah iaitu Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh.
Selain itu, ia juga akan berlaku di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.
Beralih ke Sarawak, daerah Sri Aman dan Miri (Telang Usan) diramal turut terlibat.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.