Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kesilapan Biasa Ketika Membeli Kereta Yang Ramai Tak Sedar
Gambar AI
Tiada Kategori

Kesilapan Biasa Ketika Membeli Kereta Yang Ramai Tak Sedar

suhaila

Kesilapan Biasa Ketika Membeli Kereta Yang Ramai Tak Sedar

Membeli kereta baru sememangnya menjadi impian ramai orang. Ada yang melihatnya sebagai simbol kejayaan selepas bertahun-tahun bekerja keras, ada yang menjadikannya sebagai keperluan asas untuk berulang-alik ke tempat kerja dan tidak kurang juga yang membeli semata-mata untuk menikmati keselesaan ketika memandu bersama keluarga tercinta.

Namun, di sebalik keterujaan itu, tidak ramai yang benar-benar membuat pertimbangan matang sebelum menandatangani perjanjian pinjaman.

Akibatnya, ramai pembeli terperangkap dalam beberapa kesilapan yang akhirnya membebankan diri sendiri.

Ada yang menyesal selepas beberapa bulan kerana ansuran bulanan terlalu tinggi, ada yang terpaksa menjual kereta dalam tempoh singkat kerana tidak mampu menampung kos penyelenggaraan.

Malah ada juga yang sanggup berhutang lebih daripada kemampuan semata-mata mahu memandu kereta idaman.

Hakikatnya, membeli kereta bukan sekadar tentang memilih model yang cantik atau jenama yang popular tetapi ia melibatkan komitmen kewangan jangka panjang yang mampu mempengaruhi kualiti hidup anda.

Oleh itu, amat penting untuk kita mengenali lebih awal kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan supaya dapat mengelakkannya.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa kesilapan biasa ketika membeli kereta yang ramai tidak sedar. Tetapi sebenarnya boleh dielakkan jika anda lebih peka dan bijak membuat keputusan.

1. Membeli kereta dengan harga melebihi 12 bulan gaji

Salah satu kesilapan terbesar yang sering dilakukan ialah membeli kereta yang harganya jauh lebih tinggi daripada tahap kemampuan sebenar.

Sebagai panduan, harga kereta sebaiknya tidak melebihi 12 bulan gaji anda. Ini bermakna, jika gaji anda RM3,000 sebulan, harga kereta yang paling selamat untuk dibeli ialah sekitar RM36,000 sahaja.

Ramai orang mengabaikan peraturan mudah ini kerana terpengaruh dengan promosi atau keinginan memiliki kereta lebih besar dan mewah.

Padahal, apabila ansuran bulanan sudah melebihi 15% daripada gaji, ia boleh menyebabkan perbelanjaan lain mula terjejas.

Anda mungkin masih mampu membayar ansuran pada awalnya tetapi lama-kelamaan, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ansuran yang berat itu akan menjadi beban yang menyesakkan.

Ingatlah, kereta seharusnya memudahkan pergerakan, bukan menambah hutang yang menjerut kewangan anda.

2. Beli ikut kelayakan, bukan ikut kemampuan

Ramai pembeli keliru antara kelayakan dan kemampuan. Apabila bank meluluskan pinjaman untuk kereta berharga RM100,000, ramai yang terus beranggapan mereka mampu membelinya.

Hakikatnya, kelayakan hanyalah berdasarkan formula kewangan pihak bank, sedangkan kemampuan sebenar hanya anda yang tahu.

Kemampuan mengambil kira kos sara hidup, komitmen keluarga, perbelanjaan anak-anak, hutang sedia ada dan juga simpanan kecemasan.

Jika anda hanya melihat angka yang tertulis di surat kelulusan pinjaman, anda sebenarnya membiarkan bank menentukan hala tuju kewangan anda.

Jangan lupa, bank sentiasa untung apabila anda berhutang tetapi anda pula mungkin menanggung beban bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, belilah kereta mengikut kemampuan hidup sebenar bukan sekadar kelayakan di atas kertas.

3. Fokus pada harga bulanan, bukan jumlah keseluruhan

Satu lagi perangkap besar ialah terlalu fokus pada bayaran bulanan yang nampak kecil. Ramai jurujual kereta sengaja mengolah angka supaya kelihatan mesra poket. Contohnya hanya RM500 sebulan.

Namun, apa yang tidak diberitahu ialah bayaran itu mungkin perlu dilakukan selama sembilan tahun.

Jika dikira semula, anda sebenarnya membayar jumlah keseluruhan yang jauh lebih tinggi daripada harga asal kereta.

Katakan harga kereta RM70,000 tetapi selepas ditambah faedah pinjaman dan tempoh bayaran yang panjang, jumlah keseluruhan yang dibayar boleh mencecah hampir RM100,000.

Malangnya, ramai pembeli tidak ambil peduli kerana hanya melihat angka bulanan.

Sedangkan dalam jangka masa panjang, beban kewangan itu akan menjadi semakin berat. Oleh itu, sentiasa kira jumlah penuh yang perlu dibayar bukan sekadar angka bulanan yang nampak manis di permukaan.

BACA : Tip Pilih Ayam Segar, Elak Terbeli Yang Lama Atau Rosak

4. Tidak membandingkan pinjaman

Kesilapan lain yang sangat biasa dilakukan ialah terlalu percaya dengan kata-kata jurujual kereta. Mereka akan meyakinkan anda bahawa pinjaman yang mereka cadangkan adalah pilihan terbaik.

Hakikatnya ada banyak lagi bank lain yang menawarkan kadar faedah lebih rendah atau pakej lebih menguntungkan.

Bezanya mungkin hanya 0.3% atau 0.5% tetapi jangan lupa pinjaman kereta biasanya berlangsung antara 7 hingga 9 tahun.

Perbezaan kecil itu boleh jadi ribuan ringgit dalam jumlah keseluruhan. Malangnya, ramai pembeli malas untuk membuat perbandingan dan hanya menandatangani apa yang disediakan.

Sebelum membuat keputusan, luangkan sedikit masa untuk bandingkan sekurang-kurangnya tiga bank berbeza. Anda mungkin terkejut dengan jumlah penjimatan yang boleh diperoleh hanya kerana anda tidak bergantung bulat-bulat pada kata-kata seorang jurujual.

5. Tidak mengambil kira komitmen lain

Kesilapan seterusnya ialah hanya melihat kepada kemampuan membayar kereta semata-mata tanpa mengambil kira komitmen lain yang sudah sedia ada.

Hakikatnya, kebanyakan orang bukan sahaja ada pinjaman kereta tetapi juga pinjaman rumah, hutang kad kredit, bil bulanan, kos perbelanjaan anak-anak, insurans dan lain-lain keperluan.

Jika semua itu diabaikan, anda mungkin mendapati diri anda terlalu sempit selepas membeli kereta.

Lebih buruk lagi, apabila berlaku kecemasan seperti sakit atau kehilangan kerja, bayaran kereta menjadi beban paling berat.

Sebab itu, sebelum membeli, anda perlu membuat kiraan menyeluruh tentang semua komitmen kewangan. Jika ansuran kereta yang anda pilih membuatkan bajet bulanan terlalu ketat, lebih baik pilih kereta yang lebih murah dan sesuai dengan gaya hidup anda sekarang.

6. Tidak memikirkan nilai jual semula

Selain itu, ramai orang hanya memikirkan keindahan kereta semasa baru tetapi lupa memikirkan apa yang akan terjadi lima tahun kemudian apabila mahu menjual atau menukar kereta.

Nilai jual semula atau resale value sangat penting kerana ia menentukan berapa banyak kerugian yang akan anda tanggung.

Ada model kereta yang masih bernilai tinggi walaupun selepas lima tahun manakala ada yang jatuh mendadak sehingga anda terpaksa menanggung kerugian besar.

Membeli kereta tanpa memikirkan nilai jual semula adalah kesilapan yang boleh mengosongkan simpanan anda pada masa depan.

Oleh itu, sebelum membuat keputusan, buat sedikit kajian tentang model kereta yang mempunyai pasaran terpakai yang kukuh.

Ini mungkin tidak nampak penting sekarang tetapi apabila tiba masa mahu bertukar kereta, anda akan sangat bersyukur kerana memilih dengan bijak.

7. Terpedaya dengan aksesori dan promosi sampingan

Satu lagi kesilapan yang sering tidak disedari ialah terlalu mudah terpedaya dengan tawaran aksesori percuma atau promosi sampingan.

Jurujual biasanya akan menggoda anda dengan tawaran seperti free tinted, free body kit atau zero downpayment.

Hakikatnya, semua ini sudah dimasukkan dalam harga kereta yang anda bayar. Promosi yang kelihatan menarik itu sebenarnya hanyalah strategi pemasaran untuk membuat anda rasa lebih untung.

Jangan mudah tertarik dengan tawaran sebegini kerana akhirnya anda tetap membayar jumlah yang sama malah mungkin lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar.

Jika benar-benar perlu aksesori tambahan, lebih baik pasang sendiri selepas membeli kereta kerana biasanya harganya jauh lebih murah.

8. Tidak memikirkan kos selepas beli

Ramai orang berhenti membuat kira-kira selepas menandatangani pinjaman kereta. Mereka fikir hanya ansuran bulanan yang perlu dijaga.

Padahal kos sebenar memiliki kereta jauh lebih besar. Anda perlu membayar minyak setiap minggu, tol jika berulang-alik bekerja, servis berkala setiap beberapa bulan, insurans dan cukai jalan setiap tahun serta kos tayar, bateri dan alat ganti lain apabila kereta semakin berusia.

Jika semua ini tidak diambil kira, anda mungkin terkejut dengan jumlah sebenar yang dibelanjakan. Sebagai contoh, kereta dengan ansuran RM600 sebulan mungkin nampak mampu milik tetapi bila ditambah minyak, tol, servis dan insurans, kos bulanan boleh mencecah lebih RM1,000.

Jadi sebelum membeli, hitunglah keseluruhan kos ini supaya anda tidak terperangkap dengan bajet yang terlalu ketat.

Kesimpulannya, membeli kereta memang menyeronokkan tetapi jangan biarkan emosi dan promosi mengaburi kewarasan anda.

Setiap kesilapan kecil ketika membuat keputusan boleh memberi kesan besar kepada kewangan anda untuk tempoh bertahun-tahun.

Dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan yang telah dibincangkan ini, anda bukan sahaja dapat memilih kereta yang sesuai malah dapat menjaga kestabilan kewangan untuk masa depan.

Sumber : comparehero, motorist

BACA : Laptop Lembap? Cuba Buat “Setting” Ni, Jadi Laju