Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Buli: KPM Teliti Semua Syor Dikemuka Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Untuk Tindakan Segera

kpm teliti buli
Gambar: Bernama

Buli: KPM Teliti Semua Syor Dikemuka Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Untuk Tindakan Segera

PUTRAJAYA, 27 Ogos — Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian semua syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat bertujuan untuk memerangi buli di institusi pendidikan.

Ini termasuk cadangan untuk menambah baik saluran aduan buli supaya ia lebih mesra kanak-kanak.

Cadangan lain termasuk hebahan segera secara meluas berkenaan salah laku buli, menyediakan pilihan untuk membuat aduan secara anonim, memelihara kerahsiaan maklumat peribadi pelajar, memastikan perlindungan kepada pengadu, penubuhan jawatankuasa khas anti-buli peringkat sekolah dan penambahbaikan kepada garis panduan pengurusan salah laku buli.

Semua syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini akan diteliti dan diambil tindakan segera. Pada ketika ini, KPM sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan bagi memperkukuh aspek keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya

KPM mengalu-alukan cadangan dan sumbang saran dari semua lapisan masyarakat bagi memerangi salah laku buli habis-habisan. Pada masa sama usaha sedang digembleng dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan hasrat untuk mewujudkan ekosistem selamat di semua institusi pendidikan tercapai.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

BACA: KPM Jalan Siasatan Dalaman, Teliti Kes Pelajar Jatuh Asrama Sekolah – Fadhlina

BACA: Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli