Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mohd Joehari Sah Letak Jawatan Presiden FAM, Mohd Yusoff Dinamakan Pemangku Presiden
PETALING JAYA, 27 Ogos (Bernama) — Teka-teki mengenai status Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terjawab selepas beliau sah melepaskan jawatan kerusi nombor satu badan induk itu.
FAM dalam kenyataan hari ini mengesahkan Mohd Joehari telah menyatakan hasrat berkenaan menerusi surat peletakan jawatan yang dihantar baru-baru ini.
Justeru, Jawatankuasa Eksekutif FAM dipanggil untuk mesyuarat khas kedua penggal 2025-2029 di Wisma FAM Kelana Jaya, hari ini, dipengerusikan Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi, bagi membincangkan perkara tersebut.
“Jawatankuasa Eksekutif FAM meneliti hasrat Datuk Joehari dalam mesyuarat berkenaan dan akhirnya akur untuk menerima peletakan jawatan Presiden FAM bagi menghormati keputusan beliau.
“Jawatankuasa Eksekutif FAM berasa terharu dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Datuk Joehari atas segala sumbangan, jasa, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang bersama FAM sejak dipilih sebagai Naib Presiden pada 2017 dan seterusnya Presiden pada 15 Feb 2025,” menurut kenyataan itu.
BACA: Chong Wei Dilantik Ahli Majlis BAM
Sumber: BERNAMA