Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
RUU pekerja gig
Kredit: Bernama

Apa Itu RUU Pekerja Gig? Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu

Athirah

Apa Itu RUU Pekerja Gig? Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu

Dalam era ekonomi digital masa kini, sektor pekerjaan gig semakin berkembang pesat di Malaysia dengan kemunculan pelbagai platform dalam talian seperti e-hailing, penghantaran makanan dan perkhidmatan bebas (freelance).

Pekerjaan gig memberi peluang kepada ramai individu menjana pendapatan secara fleksibel tanpa terikat dengan kontrak pekerjaan tradisional.

Namun begitu, isu berkaitan perlindungan sosial, keselamatan pekerjaan, kadar upah yang adil serta hak pekerja gig sering menjadi perdebatan.

Sehingga kini, majoriti pekerja gig tidak menikmati perlindungan penuh di bawah undang-undang buruh sedia ada kerana mereka dianggap sebagai kontraktor bebas dan bukannya pekerja bergaji tetap.

Sebagai langkah menangani isu ini, kerajaan Malaysia telah mengemukakan satu Rang Undang-Undang (RUU) khusus untuk pekerja gig bagi memastikan hak dan kepentingan mereka lebih terjamin.

Apa itu Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig?

Malaysia menjadi antara negara terawal di dunia yang mempunyai perundangan khas bagi sektor ekonomi gig selepas Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig 2025 diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig diperkenalkan sebagai langkah kerajaan untuk mengiktiraf, mengawal selia dan melindungi kepentingan golongan pekerja ini.

Selain itu, ia turut memastikan keseimbangan antara majikan, platform digital dan pekerja.

RUU yang dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim telah menekankan beberapa aspek penting bagi membuka lembaran baharu buat golongan pekerja gig.

Difahamkan, undang-undang ini dilaksanakan bagi bertujuan membela nasib 1.2 juta pekerja gig di negara ini yang mempunyai empat komponen asas melibatkan definisi pekerja gig, mekanisme kilanan, isu kadar bayaran dan keselamatan sosial.

RUU Pekerja Gig memelihara keunikan sektor

RUU itu turut memastikan pekerja gig dilindungi daripada tindakan penamatan, penggantungan atau penyahaktifan sewenang-wenangnya oleh entiti kontrak seperti syarikat penyedia platform.

Dalam pada itu, RUU Pekerja Gig 2025 dijangka mewajibkan penyedia platform membuat potongan caruman PERKESO daripada setiap transaksi pendapatan pekerja gig, selain menetapkan terma dan syarat yang jelas dalam perjanjian perkhidmatan bagi melindungi hak pekerja.

Sebelum ini, SK melaporkan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap RUU Pekerja Gig oleh pihak majikan atau platform, mereka bakal berdepan denda yang berat iaitu denda sehingga RM50,000, penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, RUU Pekerja Gig ini bukan sahaja mengiktiraf pekerja gig, tetapi juga memelihara keunikan sektor dalam pelbagai aspek.

BACA: Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu

Sumber: Bernama