Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kekalahan Memalukan, Amorim Minta Maaf Kepada Penyokong

Sofea
amorim minta maaf
Kredit: AFP

Kekalahan Memalukan, Amorim Minta Maaf Kepada Penyokong

Tersingkir dari Piala Carabao, ketua jurulatih Manchester United (MU), Ruben Amorim memohon maaf kepada semua peminat selepas kalah kepada pasukan divisyen keempat Grimsby Town menerusi penentuan sepakan penalti.

Amorim yang ditemui selepas perlawanan berkata pasukan MU telah memberikan yang terbaik, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

“Saya cuma ingin minta maaf kepada penyokong. Saya sudah tidak tahu lagi apa yang ingin dikatakan mengenai prestasi pasukan. Kami sudah cuba sehabis baik sebab semua benda sangat penting untuk kelab. Dari pramusim lagi, lawan Arsenal kita kalah tapi nampak peningkatan.

“Tapi bila masuk perlawanan penting ini, pasukan mulakan perlawanan dengan cara seperti itu… saya rasa pemain-pemain sendiri sudah tunjuk jelas apa yang mereka mahukan. Jadi saya sekali lagi minta maaf pada penyokong. Tiada apa lagi yang boleh saya katakan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Grimsby layak memenangi perlawanan itu kerana menunjukkan prestasi yang baik.

Amorim juga berkata fokus pasukan kini adalah untuk perlawanan seterusnya.

“Akhirnya, penalti itu tidak penting. Lepas perlawanan, sama ada menang atau kalah dengan penalti, perasaan tentang 90 minit permainan itu sepatutnya sama saja.

“Jadi mari kita fokus pada perlawanan seterusnya, baru kita ada masa fikir balik. Kita masih ada banyak hutang dengan penyokong, jadi kita kena fokus pada perlawanan. Kita ada kerja yang perlu dibuat, persiapan yang perlu dilakukan, selepas itu baru kita berhenti dan fikir dengan tenang,” katanya.

BACA JUGA: Manchester United: Lima Pemain Mahu ‘Angkat Kaki’

Terdahulu, MU ketinggalan 2-0 selepas separuh masa pertama yang menyedihkan. Pasukan itu menemui gol menerusi sepakan Bryan Mbeumo pada minit ke-75 dan Harry Maguire pada minit ke-89.

Kedua-dua pasukan seri 2-2 dan perlawanan terpaksa dibawa ke penentuan penalti. Sepakan Mbeumo yang terkena palang memberi peluang kepada Grimsby untuk mencatatkan kemenangan menerusi gol penalti 12-11.

Amorim sudah pun menerima tekanan selepas permulaan musim Liga Perdana tanpa kemenangan.

Juara Inggeris 20 kali itu menamatkan saingan musim lepas di tangga ke-15 dan menjadi kempen liga terburuk mereka sejak tersingkir pada tahun 1974.

Kini, salah satu daripada hanya dua peluang realistik mereka untuk merangkul trofi musim ini juga sudah hilang, menerusi salah satu keputusan paling buruk dalam sejarah kelab.

Sumber: Manchester United, AFP