Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

CeraVe Lancar Rangkaian ‘Blemish Control’ Di Malaysia, Bantu Atasi Masalah Jerawat & Parut

Masalah jerawat bukan sekadar isu kulit. Kajian menunjukkan ia boleh menjejaskan keyakinan diri, kesihatan mental dan kualiti hidup. Malah, 58% remaja di seluruh dunia berasa terpinggir kerana jerawat yang dialami.

Melihat kepada isu ini, CeraVe, jenama penjagaan kulit yang dibangunkan bersama pakar dermatologi, melancarkan rangkaian baharu ‘CeraVe Blemish Control’ di Malaysia.

Produk ini diformulasikan khas untuk mengawal jerawat, mengurangkan parut, serta memulihkan lapisan pelindung kulit. Antara ramuan utama ialah asid salisilik, retinol berkapsul, niasinamida dan tiga seramida penting yang menyerupai seramida semula jadi kulit.

Menurut Dr. Zareen, Pakar Dermatologi KPJ Damansara, asid salisilik berfungsi membuka liang pori yang tersumbat, manakala seramida membantu memulihkan lapisan pelindung kulit untuk elak sensitiviti berulang.

Natalie Goh, Pengarah Pemasaran L’Oréal Dermatological Beauty, pula menegaskan produk ini dicipta untuk membantu pengguna keluar daripada kitaran masalah jerawat.

3 Produk Utama Rangkaian CeraVe Blemish Control

  • Cleanser – Gel-to-foam dengan 2% asid salisilik dan tanah liat, bantu bersihkan pori & kawal minyak tanpa mengeringkan kulit.

  • Blemish Control Gel – Gabungan AHA & BHA untuk buang sel kulit mati, bersihkan pori dan licinkan kulit.

  • Resurfacing Retinol Serum – Retinol berkapsul untuk kurangkan parut jerawat, perbaharui sel kulit dan licinkan tekstur kulit dengan risiko iritasi lebih rendah.

Ketiga-tiga produk ini diperkaya dengan seramida CeraVe dan niasinamida bagi mengekalkan kelembapan serta mengurangkan keradangan.

Pelancaran & Breakout Battle

Majlis pelancaran turut menampilkan Breakout Battle, kuiz interaktif mengenai penjagaan kulit. Pelakon Aedy Ashraf dan pengguna sebenar Syasya bertanding sambil berkongsi pengalaman mereka dengan jerawat. Pertandingan berakhir dengan Syasya dinobatkan sebagai juara.

Selain itu, pengunjung boleh mengunjungi pameran CeraVe bersama Watsons Malaysia di Blue Atrium, Sunway Pyramid dari 25 Ogos hingga 1 September 2025. Di sini, mereka boleh mencuba rangkaian baharu, dapatkan nasihat pakar serta memenangi hadiah eksklusif.