Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi – Kumpulan Houthi
ISTANBUL, 31 Ogos (Bernama-Anadolu) — Kumpulan Houthi di Yaman mengesahkan pada Sabtu bahawa perdana menteri dalam pentadbiran mereka maut dalam serangan udara Israel ke atas ibu kota, Sanaa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, kumpulan Houthi berkata Perdana Menteri Ahmed Ghaleb al-Rahawi bersama beberapa menteri maut dalam serangan yang menyasarkan Sanaa pada Khamis. Beberapa menteri lain turut cedera.
Ketua Majlis Politik Tertinggi Houthi, Mahdi al-Mashat menyatakan rasa dukacita atas kematian Rahawi dan menteri lain “yang syahid selepas disasarkan oleh musuh, Israel ketika menghadiri satu mesyuarat pada Khamis”. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama atau jumlah menteri yang terkorban.
Ketua Turus Houthi, Muhammad Abdul Karim al-Ghamari, pula memberi amaran pada Jumaat bahawa serangan Israel ke atas ibu kota Yaman itu “tidak akan dibiarkan tanpa hukuman”.
Susulan serangan Khamis itu, kumpulan Houthi berikrar untuk meneruskan serangan terhadap Israel sebagai sokongan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Sejak November 2023, kumpulan Houthi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran Israel serta menyasarkan kapal dagang di Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza, yang menyaksikan hampir 63,400 warganya maut dalam perang genosid Israel.
BACA: 10 Tahun Bersama, Dr. Mohanad Luah Rasa Cinta Buat Malaysia
Sumber: BERNAMA