Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Baca Pun Sebak, Cerita “Botol Susu” Di Hari Merdeka Curi Perhatian Ramai
Kalau sebut pasal Hari Kebangsaan, mesti ramai setuju auranya memang luar biasa. Ada sesuatu pada tarikh keramat 31 Ogos yang buat jiwa kita terasa lain macam.
Tahun ini, sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Putrajaya sekali lagi membuktikan betapa rakyat Malaysia tidak pernah hilang semangat itu.
Dari kanak-kanak hingga warga emas, semua mahu menjadi sebahagian daripada detik bersejarah itu.
Seperti biasa, setiap kali tibanya Hari Kebangsaan, pelbagai gelagat, kisah dan cerita rakyat Malaysia pasti berjaya mencuri tumpuan.
Antara yang mendapat sorotan kali ini ialah kisah “botol susu”, yang dikongsikan oleh seorang wanita bergelar ibu ketika hadir bersama anak kecilnya di sambutan tersebut.
Kisah itu dimuat naik menerusi akaun TikTok @floriaretreatnicole8, dan dalam sekelip mata ia berjaya menarik perhatian ramai.
Dalam lautan manusia, saya terpisah dengan pembantu rumah, saya dan anak saya terhimpit ke bahagian hadapan. Dari jauh, saya nampak kelibatnya, tetapi tidak dapat mendekatinya.
Anak saya lapar, mula menjerit, “Nak susu~”
Saya hanya mampu menggunakan isyarat tangan untuk memberitahu pembantu rumah supaya berikan susu, sambil dalam hati berfikir: “Dia begitu jauh, macam mana nak hantar sampai ke sini?”
Ketika saya sedang cemas, satu keajaiban berlaku——
Orang ramai bertindak seperti baton dalam acara larian berganti, sambil ketawa dan menjerit “SUSU”, mereka hulurkan tangan untuk membantu. Sebotol susu merentasi lautan manusia, akhirnya sampai dengan selamat ke tangan saya.
Saat itu, saya tersenyum. Anak saya minum. Dia menerima botol susu itu, matanya serta-merta bersinar, seperti matahari kecil.
Ketika itu, saya bukan sekadar tersentuh.
Saya merasai satu bentuk perlindungan yang tidak kelihatan——daripada orang asing, daripada tanah ini, daripada sesuatu yang dipanggil “Malaysia” yang penuh kelembutan. Ia juga menenangkan hati seorang ibu.
𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉, 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂. Hari ini bukan sekadar meriah, tetapi penuh kasih.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui tersentuh dengan cerita ringkas yang penuh makna itu.
Tidak kurang juga, ramai berkongsi pengalaman manis semasa hadir ke sambutan Hari Kebangsaan.



Setiap tahun, Hari Kebangsaan bukan sahaja mengingatkan kita pada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.
Tetapi, ia juga mengajar bahawa Malaysia hari ini hanya akan terus utuh jika kita sama-sama menjaga nilai kebersamaan.
Moga semangat itu tidak hanya wujud pada 31 Ogos, tetapi terus mengalir dalam kehidupan kita seharian.
Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia. Kita jaga kita, selamanya.
BACA: Terbongkar, Anak Dedah Rahsia Call Sign “Giro” Milik Panglima TUDM
BACA: Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia ‘Terkedu’, Ucap Terima Kasih Tak Putus-Putus
BACA: Merdeka Diraikan, Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang di Tanah Malaysia
Sumber: TikTok @floriaretreatnicole8