Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jurutera Maut Selepas Dipatuk Ular Bersembunyi Dalam Kasut “Crocs”

Athirah
lelaki dipatuk ular
Kredit: NDTV News

Jurutera Maut Selepas Dipatuk Ular Bersembunyi Dalam Kasut “Crocs”

Seorang lelaki di Bengaluru, India dilapor maut selepas dipatuk ular berbisa yang dipercayai bersembunyi dalam kasut miliknya, lapor NDTV News.

Mangsa merupakan seorang jurutera perisian dipercayai terkena gigitan selepas memasukkan kakinya ke dalam kasut jenis ‘Crocs’ yang ditinggalkan di luar pintu rumahnya pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa memasukkan kakinya ke dalam kasut tersebut untuk keluar sebentar membeli barang, tanpa menyedari bahawa seekor ular telah bersembunyi di dalam salah satu kasut ketika ketiadaannya.

Lelaki berusia 41 tahun itu pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan kehilangan deria rasa di bahagian kaki, jadi ia membuatkan mangsa tidak menyedari gigitan ular tersebut.

Terdapat kesan pendarahan pada kaki

Tanpa mengetahui kejadian tersebut, mangsa menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik untuk berehat seperti tiada apa yang berlaku.

NDTV News melaporkan seorang pekerja di rumahnya melihat haiwan reptilia itu dan segera memaklumkan kepada bapa mangsa, kemudian bertindak mengeluarkan ular tersebut dengan berhati-hati.

Dalam masa sama, ibu mangsa yang memeriksa keadaannya mendapati lelaki itu sudah terbaring kaku di atas katil dengan buih keluar dari mulut serta kesan pendarahan pada kaki.

Menurut NDTV News, mangsa segera dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan, namun disahkan telah meninggal dunia.

BACA: Merdeka Diraikan, Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang di Tanah Malaysia
BACA: Israel Umum Jurucakap Hamas, Abu Obeida Dipercayai Maut Dalam Serangan Israel

Sumber: NDTV News