Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rangka Manusia Lengkap Berpakaian Ditemukan Berhampiran Kebun Getah
BALING, 3 Sept (Bernama) — Rangka manusia lengkap berpakaian ditemukan berhampiran kawasan kebun getah di Kampung Padang Besar, Kuala Ketil sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata seorang penoreh getah berusia 43 tahun menemukan rangka itu kira-kira 11 pagi, selain turut menjumpai sebuah motosikal SYM biru 25 meter dari rangka tersebut.
“Pemeriksaan polis mendapati rangka dalam keadaan telentang dengan kedua-dua kaki di atas tong plastik putih selain terdapat sebilah pisau pada kiri si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Salimi berkata semakan mendapati laporan kehilangan si mati dibuat isterinya pada 29 Ogos, selepas lelaki itu tidak pulang ke rumah sejak 24 Ogos.
“Pengecaman dilakukan isteri serta anak tiri si mati berdasarkan pakaian dan motosikal ditemukan,” katanya.
Beliau berkata rangka dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan orang ramai mempunyai maklumat diminta membantu siasatan.
Sumber: BERNAMA