Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Banjir Kilat Landa Kawasan Hulu Langat

Sofea
banjir kilat
Kredit: JBPM Via Bernama

Banjir Kilat Landa Kawasan Hulu Langat

Hujan lebat berterusan sejak 3.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Selangor dilanda banjir kilat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata antara kawasan yang terjejas di kawasan kampung dan balai polis Batu 18, Hulu Langat.

Beliau berkata kejadian bagaimanapun tidak membabitkan pemindahan penempatan mangsa dan paras air sudah mulai surut.

Anggota JBPM sedang melakukan pemantauan di kawasan terbabit.

Maklumat lanjut akan menyusul

Sumber: Bernama