Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Wanita Terkedu Lihat Dipercayai Kepala Kambing Hanyut Di Port Dickson

Athirah
Port Dickson
Kredit: @wanieytheponiey

Wanita Terkedu Lihat Dipercayai Kepala Kambing Hanyut Di Port Dickson

Port Dickson atau lebih mesra dikenali sebagai PD merupakan destinasi pelancongan pantai yang terkenal di Negeri Sembilan.

Kawasan ini menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan antarabangsa yang ingin menikmati keindahan laut, suasana santai serta pelbagai aktiviti menarik.

Ia turut menawarkan pemandangan yang indah dengan pasir putih, air laut yang membiru serta deretan pokok rhu dan kelapa yang menambah seri landskap semula jadi.

Selain berkelah dan mandi laut, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti rekreasi air seperti banana boat, jet ski, dan parasailing.

Ia turut terkenal dengan tempat penginapan yang pelbagai, daripada hotel mewah berkonsepkan vila atas air hingga resort mesra keluarga.

Gabungan elemen alam semula jadi, rekreasi dan warisan menjadikan pantai ini sebuah destinasi pelancongan yang lengkap dan menarik untuk semua golongan.

Dipercayai kepala kambing berwarna hitam ditemui

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan penemuan dipercayai kepala kambing berwarna hitam di kawasan pantai Port Dickson.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @wanieytheponiey di TikTok, kejadian tersebut disedari oleh individu ini yang sedang berada di kawasan perairan berkenaan sebelum memuat naik video itu ke platform media sosial.

Pada awalnya, objek yang hanyut di perairan pantai itu kelihatan seperti sesuatu yang tidak dikenali. malah ia seolah-olah sekadar benda terapung yang terbawa arus laut dari jauh.

Ada yang menyangka ia mungkin sampah sarap yang hanyut, ada juga yang meneka ia haiwan laut yang mati, malah tidak kurang juga yang menganggap ia objek misteri yang sukar dikenal pasti.

Penemuan itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Dalam masa sama, terdapat individu mendakwa kesan robekan pada kepala kambing itu kebanyakannya berpunca daripada serangan buaya.

Video tersebut mendapat 1.6 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terkejut dengan penemuan itu dan memberi pelbagai reaksi.

“Saya terkedu, sangat random ada kepala kambing dalam air,” komen seorang wargamaya.

“Buaya makan kot, dulu ada video buaya besar,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Keluarga Pempengaruh Dibunuh, Jasad Diletak Dalam Trak Pikap

Sumber: @wanieytheponiey via TikTok