Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Doktor Temui Dua Janin Dalam Perut Bayi 20 Hari

Iqbal Yasir
Doktor temui janin perut bayi
Gambar: Bernama

Doktor Temui Dua Janin Dalam Perut Bayi 20 Hari

NEW DELHI — Seorang bayi yang baru berusia 20 hari terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan dua janin yang sedang membesar dalam perutnya, lapor BBC News.

Menurut pakar bedah pediatrik Dr Anand Sinha, dalam kes ini, ibu kepada bayi itu sebenarnya hamil kembar tiga namun dua daripada janin membesar dalam perut bayi berkenaan.

Difahamkan, ibu bapa bayi berkenaan membawa anak mereka ke Fortis Memorial Research Institute di Gurugram pada bulan Julai lalu.

Ia selepas perut bayi itu kembung perut, mudah meragam dan tidak boleh makan sebelum hasil imbasan mengesahkan terdapat dua janin yang tidak sempurna dalam perutnya.

“Pembedahan ini agak mencabar, namun keadaan bayi tersebut semakin baik. Tiada komplikasi timbul selepas sebulan prosedur berkenaan,” katanya yang mengetuai pembedahan.

Tambahnya, tempoh pemulihan selepas pembedahan adalah amat penting kerana sebarang jangkitan atau komplikasi lain boleh mengancam nyawa bayi.

Keadaan ini dikenali sebagai “foetus in foetu” adalah amat jarang berlaku. Difahamkan, kurang daripada 200 kes dilaporkan di seluruh dunia setakat ini, termasuk beberapa kes di India.

Kejadian ini dipercayai berlaku semasa awal kehamilan, di mana janin yang terbentuk secara tidak sempurna diserap oleh janin kembar lain.

Walaupun janin itu tidak hidup, ia terus membesar dengan menyerap nutrien daripada kembar yang menjadi perumah.

Terdahulu pada tahun 2024, seorang bayi berusia tiga hari di Kolkata meninggal dunia sehari selepas menjalani pembedahan bagi membuang dua janin tidak sempurna daripada perutnya.

Sumber: BBC News

BACA: Satu Kampung ‘Bergelap’, Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara-Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan

BACA: Dua Kanak-Kanak Lemas: Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

BACA: Kereta Tergelongsor Ke Dalam Sungai, Dua Beradik Maut