Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

HoSZA Berjaya Lakukan Prosedur Implan Perentak Jantung Pertama
KUALA NERUS, 9 Sept (Bernama) — Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya melaksanakan prosedur perentak jantung buat julung-julung kalinya.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HoSZA, prosedur yang dijalankan di Inasive Cardiac Laboratory ((ICL) itu berlangsung dari 8 pagi hingga 4.45 petang pada semalam, diketuai Pakar Perunding Kardiologi (Pakar Pelawat) dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Dr Ahmad Wazi Ramli.
Kejayaan itu satu pencapaian penting dalam memperkukuh perkhidmatan kardiologi di HoSZA sekali gus memberi manfaat kepada lebih banyak pesakit jantung, khususnya di Pantai Timur.
“Sebanyak 17 petugas terdiri daripada seorang pakar, pegawai perubatan, juruteknologi X-ray serta penolong pegawai perubatan terlibat bagi memastikan kelancaran pembedahan.
“Pacemaker (perentak jantung) merupakan alat kecil yang ditanam di bawah kulit dada bagi mengawal serta menormalkan degupan jantung yang tidak teratur.
“Peranti itu menghantar impuls elektrik melalui wayar elektrod bagi memastikan jantung berdegup pada kadar yang betul,” menurut kenyataan itu, hari ini.
Sumber: BERNAMA