Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MCMC Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Ahli Parlimen Pagoh Berhubung Subsidi RON95
CYBERJAYA, 9 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh mengenai isu pemberian subsidi RON95.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semakan awal terhadap kandungan yang tular di media sosial telah dijalankan dengan kerjasama penyedia platform terbabit.
“Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian dan arahan lanjut.
MCMC menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan dijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
BACA: Kes Ismail Sabri: Wang Tunai Hampir RM170 Juta Disita Kini Hak Milik Kerajaan – Azam Baki
BACA: SPRM Tamatkan Siasatan Kes Farhash – Azam Baki
BACA: Siasatan Terhadap Tun Dr Mahathir Masih Berjalan – Azam Baki
Sumber: BERNAMA