Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Leapmotor C10: EV Mewah dan Selesa Harga Bawah RM130,000

Azmil

Baru-baru ni SK dijemput oleh Leapmotor untuk merasai pengalaman memandu Leapmotor C10 dari Kuala Lumpur ke Janda Baik.

Leapmotor C10 adalah sebuah lagi jenama dan model kereta elektrik dari China yang menjadi pesaing kepada Proton e.MAS 7 dan BYD Atto 3.

Spesifikasi

Benda pertama bila cakap pasal EV ni ialah jarak pemanduan dan Leapmotor C10 menawarkan jarak pemanduan sehingga 424km (WLTP).

C10 juga menyokong pengecasan pantas (DC) hanya ambil masa 30 minit untuk cas dari 30% hingga 80%.

Leapmotor C10 datang dengan 69.9kWh kapasiti bateri yang memberikan kuasa 160kW dan 320 Nm of torque.

Pacuan Roda Belakang (RWD) menjadi drive wheel untuk Leapmotor C10 dengan saiz rim 20″ memang memberikan keselesaan ketika memandu.

Ruang Dalam

Leapmotor C10 ini juga sangat mementingkan kemewahan dalam kabin dengan menyediakan 14.6 inci skrin infotainment dengan navigasi.

Skrin infotainment itu juga menyokong Wi-Fi dan sambungan data 4G. C10 siap dengan definisi tinggi instrument cluster saiz 10.25 inci.

Selain itu, ada juga disediakan pengecas phone tanpa wayar dan 12 speaker berkualiti tinggi.

Untuk tempat duduk depan dan belakang memang cukup selesa untuk perjalanan jauh dan seat bahagian depan pun sesuai untuk semua saiz pemandu.

Kebanyakkan bahagian dalaman adalah soft touch dan ada dua warna dalaman iaitu Camel Brown dan Black

Luaran

Untuk trip ke Janda Baik baru-baru ni, SK dapat pandu Leapmotor C10 warna Glazed Green. C10 ada 3 lagi warna lain iaitu Pearly White, Canopy Grey dan Tundra Grey.

Bahagian depan C10 nampak kemas dan mewah dengan lampu seakan bersambung antara satu sama lain.

Boleh dikatakan C10 ini bebas dengan grill dan hanya ada lip bumper sahaja di bahagian bawah.

Untuk unlock kereta ini, ia semudah kita touch kad di bahagian side mirror sebab ada NFC reader.

Bahagian belakang pula nampak menarik apabila Leapmotor C10 ni nampak seakan akan Porsche Cayenne.

Lampu belakang menghiasi sepanjang tailgate dari kiri ke kanan. Kereta ini juga ada auto tailgate.

Kapasiti but pula sebanyak 435L dan kalau lipat kerusi belakang boleh dapat 1,410L. Cukup luas untuk kegunaan sebuah keluarga sederhana.

Pengalaman Pemanduan

SK dah pernah memandu e.MAS 7 dan Atto 3. Apa yang SK boleh katakan dari segi pemanduan, C10 ni menang setakuk dua dengan pesaing lain.

Bila memecut atas lebuh raya, C10 ni lebih grounded dan tak floating macam pesaingnya yang lain.

SK ak dapat beri pendapat kalau perjalanan jauh sebab KL ke Janda Baik tak la jauh mana.

Tapi setakat perjalanan itu, SK selesa dalam kabin sama ada ketika memandu ataupun duduk di bahagian penumpang depan atau belakang.

SK sangat kagum dengan keluasan tempat duduk belakang walaupun berbadan besar, SK merasakan keselesaan yang cukup berbeza.

Bahagian gear juga Leapmotor letakkannya di bahagian kanan stereng bagi memudahkan jari SK menukar gear.

Mungkin ada yang lebih suka tombol gear biasa di bahagian tengah tapi kita dah kena berdamai dengan takdir ini.

Kesimpulan

SK boleh katakan Leapmotor C10 adalah pesaing yang baik untuk bersaing dengan jenama lain terutama e.MAS 7.

Mungkin tak mampu dari segi harga tapi dari segi kualiti yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga jualannya.

Leapmotor C10 dijual pada harga RM125,000 dengan 8 tahun/160,000km waranti bateri dan 6 tahun/150,000km waranti kenderaan.

Untuk maklumat lanjut layari Leapmotor C10 sekarang