Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bantuan Wang Ihsan Hingga RM10,000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah

Iqbal Yasir
Bantuan mangsa bencana sabah
Gambar: JBPM via Bernama

Bantuan Wang Ihsan Hingga RM10,000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah

KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) — Bantuan Wang Ihsan (BWI) antara RM1,000 hingga RM10,000 akan disalurkan kepada mangsa bencana di Sabah bagi meringankan beban yang ditanggung ketika ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak RM1,000 diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut jawatankuasa itu, waris mangsa yang terkorban akibat bencana turut menerima BWI kematian sebanyak RM10,000.

“BWI diberikan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA). Kerajaan turut menyalurkan bakul makanan kepada semua penduduk yang terjejas,” katanya hari ini.

JPBN Sabah turut memaklumkan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi penyaluran bantuan kewangan, penyediaan Jambatan Bailey dan pelbagai bantuan lain bagi memastikan bencana dapat ditangani dengan baik.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan bersama agensi berkaitan sedang giat menjalankan pemantauan, menyalurkan bantuan serta mengurus koordinasi logistik bagi menjamin keselamatan dan kebajikan mangsa.

“Semua agensi penyelamat dan tindak balas di bawah JPBN Sabah sedang digerakkan sepenuhnya bagi menangani bencana alam yang melanda negeri ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Sembilan Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Sabah