Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lelaki Turki Ini Kongsi Sebab Kenapa Bangga Pakai Perodua Axia
Setiap orang pastinnya mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta idaman. Tidak kira sama ada ia daripada pelbagai jenama sekalipun, asalkan ia kena dengan citarasa masing-masing.
Baru-baru ini, seorang lelaki Turki mencuri perhatian ramai apabila menyatakan bahawa kereta jenama tempatan, Perodua Axia adalah kereta paling berbaloi pernah dimiliknya.
Dalam klip yang dikongsiknya di TikTok @serdarsalo, mendedahkan mengapa kenderaan itu menambat hatinya.
Pernah Pakai BMW
Secara peribadi, dia mengakui kereta keluaran BMW adalah sebuah kenderaan yang sempurna, sewaktu berada di Eropah
Namun, setelah berpindah ke Malaysia, dia menjual kenderaan itu.
“Saya boleh kereta yang sama (BMW) di sini (Malaysia). Tetapi kali ini saya dapati sesuatu yang berbeza.
“Anda lihat ya, ada yang lebih baik daripada memiliki kereta mewah. Ia merupakan keupayaan membeli tanpa membuat pinjaman,” katanya.
Tambah lelaki itu, dia menganggap memiliki sebuah kenderaan mewah tidak mengubah hidupnya. Ia masih membawanya dari tempat A ke tempat B.
“Kereta baharu (Perodua Axia) saya juga mampu buat perkara yang sama.
“Hidup tanpa beban kewangan sentiasa lebih bernilai daripada sekadar simbol status,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat lelaki itu. Malah ada yang memujinya kerana memilih Axia sebagai pilihannya.
“Axia sebuah kereta yang baik, sangat praktikal di kawasan bandar,” komen seorang pengguna.
“Awak perlu cuba Myvi. Raja jalan raya,” tulis seorang lagi.
Sumber: TikTok @serdarsalo