Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tanah Runtuh IPG Gaya: Pengosongan Serta-Merta Kuarters Berhampiran

Hannah
Tanah Runtuh IPG Gaya
Gambar: Ka

Tanah Runtuh IPG Gaya: Pengosongan Serta-Merta Kuarters Berhampiran

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.

Tanah Runtuh IPG Gaya
Gambar: Kamisah Toyo via ERA Sabah
tanah runtuh ipg gaya
Gambar: Kamisah Toyo via ERA Sabah

KPM dalam kenyataan memaklumkan beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu.

Selain itu, menurut KPM inisiatif menyewa premis luar berhampiran turut diambil agar aktiviti akademik dapat diteruskan tanpa gangguan serta kerja-kerja membina semula tangki air yang rosak juga dilaksanakan.

Kementerian itu juga memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang telah mengakibatkan kerosakan bahagian cerun dan beberapa blok bangunan yang telah ditutup dan tidak didiami sejak Julai lepas atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

KPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan dan lawatan beliau ke IPG Kampus Gaya hari ini.

BACA: Dakwaan KPT Gagal Utamakan Kepentingan Pelajar Tempatan Tidak Berasas

Sumber: BERNAMA