Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Insya-Allah, RON95 Akan Turun Ke RM1.99 Seliter Hujung Bulan Ini – Saifuddin

Fazidi
Gambar: BERNAMA

Subsidi Bersasar: Insya-Allah, RON95 Akan Turun Ke RM1.99 Seliter Hujung Bulan Ini – Saifuddin

Harga runcit minyak petrol RON95 dijangka turun ke RM1.99 seliter pada hujung bulan ini, melalui pelaksanaan subsidi bersasar.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Alhamdulillah YAB Perdana Menteri bakal tunaikan janji kepada rakyat Malaysia, Insya-Allah hujung bulan ini harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar.

“Walaupun mengambil masa sedikit, tetapi alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji sebab Insya-Allah beliau seorang yang berpegang pada kata-kata.

A man of his words. InsyaAllah, setiap janji yang dibuat akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai untuk memeriksa dan segera menggantikan cip kad pengenalan (MyKAD) yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati susbsidi bersasar itu dilaksanakan.

Menurutnya, pelaksanaan subsidi bersasar itu memerlukan pengesahan identiti dibuat menggunakan MyKAD di stesen minyak nanti.

“Kalau cip rosak atau tak boleh dibaca, jangan risau boleh terus ke mana-mana Pejabat atau Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama. Mudah dan cepat.

“Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI terus komited untuk membantu rakyat, menjaga kebajikan semua golongan serta makmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Sumber: Saifuddin Nasution