Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebelum Sah Sekali Lafaz, Syed Saddiq Rupanya Dah Berlatih 99 Kali

Syed Saddiq
Kredit: Astro Awani

Ketika majlis ijab kabul, sudah tentunya perasaan gementar atau gemuruh akan menyelubungi pasangan pengantin, terutama pengantin lelaki yang perlu melafazkan akad nikah.

Situasi sama turut dialami Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Perkara itu didedahkan oleh abangnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah.

Kredit: Gempak

Menurut Dollah, adiknya itu terlalu gemuruh sehingga berlatih membaca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali sebelum disatukan dengan Bella, lapor Gempak.

Ketika ditemu bual Gempak, Dollah turut menitipkan ucapan istimewa buat pasangan pengantin berkenaan.

“Bella kamu sangat baik kepada saya, hiraukan pendapat orang lain. Sebagai keluarga, kami terima kamu siapa diri kamu hari ini dan sejak kenal kamu.

“Kepada Saddiq. Saya tahu awak sedang gemuruh sebab awak baca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Dollah turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila pasangan berkenaan akhirnya sah bergelar suami isteri.

“Akhirnya kami gembira mereka berdua dah sah. Dia bukan hanya kahwin dengan Bella tetapi dia dapat dua anak bijak iaitu Ayden dan Ara.

“Kepada Ara dan Ayden, kamu sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat hebat dan sekarang kamu ada bapa yang outstanding,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Merdeka 118, kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Sumber:Gempak
Intipati
  • Space Dollah mendedahkan Syed Saddiq berlatih lafaz akad nikah sebanyak 99 kali.
  • Beliau turut menitipkan ucapan kepada Bella Astillah dan menerima penyanyi itu sebagai keluarga.
  • Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri sekali lafaz di Merdeka 118.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan