Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Another Level" Bukan Hantaran Biasa, Syed Saddiq & Bella Berbalas Hadiah Istimewa

Syed Saddiq & Bella
Kredit: Siaran Langsung Gempak

Hari yang paling dinantikan telah tiba, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah sah menjadi suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dalam majlis pernikahan di Merdeka 118 pagi ini.

Majlis bertemakan warna putih itu menyaksikan akad nikah mereka disempurnakan oleh mantan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Syed Saddiq & Bella Berbalas Hadiah Istimewa

Tentunya ramai yang turut gembira melihat pasangan sejoli itu akhirnya disatukan.

Dalam pada itu, hantaran yang diberikan Syed Saddiq kepada Bella turut mencuri perhatian ramai kerana keunikannya.

Manakan tidak, tujuh dulang hantaran tersebut bukan sekadar mengandungi barangan mewah, malah turut merangkumi simpanan masa depan buat Bella dan anak-anaknya.

Kredit: Siaran Langsung Gempak

Menurut laporan Astro Awani, antara hantaran yang diberikan ialah cincin emas eksklusif yang ditempah khas daripada Goldfish Jewelry menggunakan emas tulen AU999.

Lebih menarik, Bella turut menerima tajaan pengajian pascasiswazah peringkat Sarjana Komunikasi melalui sistem APEL di School of Media and Communication (SOMAC), Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Masa Lapang, Taylor’s University.

Kredit: Siaran Langsung Gempak

Tidak ketinggalan, Syed Saddiq turut menghadiahkan set gimnasium di rumah serta kerusi urut untuk kegunaan Bella, anak-anaknya dan ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Selain itu, sebuah basikal dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM100,000 turut menjadi sebahagian daripada hantaran tersebut.

Kredit: Siaran Langsung Gempak

Melengkapkan tujuh dulang hantaran itu ialah pakej umrah untuk pasangan berkenaan yang ditaja oleh Qashwa Travel Sdn. Bhd.

Sementara itu, Bella pula membalas dengan sembilan dulang hantaran yang antaranya merangkumi cincin emas eksklusif tempahan khas daripada Goldfish Jewelry, sepasang kasut Christian Louboutin, senaskhah al-Quran dan minyak wangi.

E-book, cermin mata serta coklat istimewa turut menjadi sebahagian daripada hantaran buat Syed Saddiq.

Lebih menarik, Bella turut menghadiahkan emas tulen AU999 bertemakan Iron Man Malaysia serta penyertaan dalam acara triatlon kepada suaminya.

Kira-kira 300 orang menghadiri majlis ijab kabul pasangan itu termasuk ahli keluarga, tetamu kehormat dan rakan-rakan terdekat.

Sumber:Awani
Intipati
  • Syed Saddiq dan Bella Astillah dilaporkan bernikah di Merdeka 118 pagi ini.
  • Hantaran Syed Saddiq termasuk emas AU999, tajaan pengajian, set gimnasium dan simpanan KWSP.
  • Bella membalas sembilan dulang hantaran, termasuk cincin emas, al-Quran, minyak wangi dan kasut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan