Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sri Pahang, KDA FC & Perak FC Digantung, Tak Boleh Sertai Liga Malaysia

Fazidi

Sri Pahang, KDA FC & Perak FC Digantung, Tak Boleh Sertai Liga Malaysia

Tiga kelab yang pernah menjadi pasukan gergasi dalam saingan Liga Super sah digantung dan tidak boleh menyertai saingan Liga Malaysia.

Hukuman berkenaan diputuskan oleh Malaysian Football League (MFL) selepas mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ke-15 baru-baru ini.

Menurut MFL, tiga kelab tersebut berdepan dengan hukuman berkenaan itu susulan penarikan diri dan kegagalan mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi musim 2025-2026.

Berdasarkan Perlembagaan MFL, mana-mana kelab yang menarik diri daripada Liga Malaysia tidak akan menerima sebarang manfaat daripada MFL.

Selain itu, larangan daripada aktiviti boleh sepak boleh dikenakan ke atas Rakan Kongsi sebagai sekatan apabila MFL memutuskan status penyingkiran Kelab Rakan Kongsi dan pengurusan Kelab Rakan Kongsi tersebut.

“Justeru, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan untuk menggantung Sri Pahang FC yang telah menarik diri daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama satu musim berkuat kuasa bermula musim 2025-2026.

“Kedah Darul Aman FC dan Perak FC yang gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan pada musim 2025-2026 pula masing-masing digantung daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama dua musim berkuat kuasa bermula musim 2025-2026 sehingga 2026-2027,” kata MFL.

Ketiga-tiga kelab kelab juga dikenakan denda hilang hak ke atas wang agihan secara merit setelah berakhirnya Liga Malaysia 2024-2025.

BACA: Subsidi Bersasar RON95: Segera Periksa MyKad, Ganti Jika Cip Rosak – Saifuddin

Sumber: Malaysian Football League