Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini

Athirah
Tengku Amir Shah
Kredit: Selangor Royal Office via Facebook

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan, putera baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, pada 2 Oktober ini.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani memaklumkan Istiadat Pernikahan Diraja itu akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Kata Mohammad Munir, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan perkahwinan itu pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober.

“Sehubungan itu, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September ini di seluruh masjid negeri Selangor, dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” kata beliau.

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi memohon keberkatan agar semua istiadat dan majlis yang dirancang berjalan lancar.

Pada tarikh sama, Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

BACA: Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Sumber: Selangor Royal Office via Facebook