Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Athirah
Wanita Warga Asing
Kredit: Leone Crossfield

Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Kasih sayang merupakan anugerah paling murni yang wujud dalam diri manusia. Ia lahir daripada hati yang tulus dan ikhlas, tanpa mengira perbezaan bangsa, negara mahupun agama.

Selain itu, ia adalah bahasa universal yang mampu difahami oleh semua manusia, meskipun datang daripada latar budaya yang berbeza.

Sejak dahulu hingga kini, kasih sayang telah menjadi jambatan yang merapatkan jurang perbezaan dan menyuburkan nilai kemanusiaan.

Wanita minta bantuan ramai jejaki keluarga angkat

Baru-baru ini, seorang wanita warga asing memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keluarga angkatnya yang berada di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Leone Crossfield memaklumkan ibu bapa angkatnya merupakan antara individu yang menjaganya ketika kecil di Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan, gambar yang dimuat naik ke media sosial itu diambil pada tahun 1971.

Perkara itu turut dikongsikan di dalam Facebook Kumpulan Kota Bharu (KB) beberapa hari yang lepas.

Walaupun sudah lama terpisah, wanita ini dikatakan kerap kembali ke Malaysia beberapa kali demi bertemu semula dengan keluarga angkatnya.

“Saya sering kembali ke Malaysia, namun masih belum berjaya menemui wanita cantik ini yang pernah menjaga saya ketika saya masih kecil,” tulisnya.

Menurut Leone, keluarga tersebut pernah tinggal di sebuah kampung yang tidak jauh dari rumahnya di Jalan Kuala Krai.

“Pada masa itu, kawasan berkenaan dikelilingi sawah padi, namun kini mungkin sudah tiada,” katanya lagi.

Hantaran yang dimuat naik sekali gus mendapat perhatian ramai termasuk beberapa maklumat yang dikongsikan orang ramai.

Dalam masa sama, ada yang mendoakan supaya Leone dapat bertemu dengan keluarga angkatnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook telah berkongsi maklumat yang mungkin dapat membantu pencarian wanita itu.

Leone kemudian mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh pengguna Facebook tersebut.

https://www.facebook.com/share/p/1BXDvBu4nr/

BACA: Rakyat Malaysia Bakal Menerima Subsidi RON95 Mulai 30 September Ini
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat

Sumber: Leone Crossfield