Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Subsidi RON95
Kredit: Kementerian Kewangan
Tiada Kategori

Rakyat Malaysia Bakal Menerima Subsidi RON95 Mulai 30 September Ini

Athirah

Rakyat Malaysia Bakal Menerima Subsidi RON95 Mulai 30 September Ini

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini mengumumkan Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mulai 30 September 2025.

Menerusi kenyataan itu, subsidi berkenaan merupakan manfaat kepada rakyat tempatan.

“Kerajaan MADANI telah mengotakan komitmennya untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 dan mengurangkan harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Selain itu, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter.

Bagi golongan yang tidak layak seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Rakyat yang memiliki lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat ini

Menurut kenyataan lagi, semua warganegara tanpa mengira tahap pendapatan yang memiliki lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik.

“Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 9STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

“Namun, tumpuan Kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan prasarana asas,” tambah YAB Dato’ Seri Anwar.

Di samping itu, semua rakyat menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.

Manakala pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.

Difahamkan, siling kelayakan bulan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di negara ini tidak melepasi jumlah tersebut.

Oleh itu, Kerajaan telah mengambil langkah untuk memudahcarakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95. Antaranya ialah

  • Pertama, tiada pendaftaran diperlukan

  • Kedua, hanya satu langkah tambahan iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi

  • Ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.

Program dijalankan secara berperingkat

Di samping itu, terdapat pilihan digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGO.

Menurut kenyataan lagi, pelaksaan program ini akan dijalankan secara berperingkat untuk memastikan kelancaran sistem tanpa lonjakan penggunakan yang mendadak.

  • Pada 27 September 2025, sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis.

  • Pada 28 September 2025, sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40

  • Pada 30 September 2025, sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

“Kerajaan MADANI menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95

“Walau bagaimanapun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa memperbaharui MyKad sekiranya mereka berjaya menebus bantuan SARA kerana itu membuktikan cip MyKad berfungsi,” ujar kenyataan lagi.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa.

“Orang ramai disarankan untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dah sahih,” katanya.

BACA: Pertikaian Rangkaian Internet Berakhir Tragedi, Ibu Terkorban

Sumber: Kementerian Kewangan