Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Harga Petrol RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Naik
Kerajaan mengumumkan pelarasan harga runcit petrol dan diesel susulan peningkatan harga minyak mentah dunia, bagi tempoh 22 Januari 2026 hingga 28 Januari 2026.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan, harga runcit petrol RON97 ditetapkan pada RM3.10 seliter manakala harga petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.54 seliter. Bagi diesel pula, harga runcit di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM2.88 seliter.
Menurut kementerian itu, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan mekanisme penetapan harga automatik atau Automatic Pricing Mechanism (APM) yang disemak secara mingguan selaras dengan perkembangan pasaran minyak dunia semasa.
Perincian harga runcit produk petroleum bagi tempoh berkenaan adalah seperti berikut:
1. Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak dua sen kepada RM3.10 seliter.
2. Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi turut dinaikkan sebanyak dua sen kepada RM2.54 seliter.
3. Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah inisiatif BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.
4. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak empat sen kepada RM2.88 seliter.
5. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan menegaskan, kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol serta diesel berdasarkan pergerakan harga minyak mentah dunia. Namun, keutamaan tetap diberikan kepada usaha memastikan kestabilan harga.
Dalam masa sama, kerajaan akan terus memantau trend pasaran minyak global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
