Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TUDM Bakal Laksana Latihan Penerbangan Taktikal, Terbang Rendah Di Sabah

Athirah
TUDM Penerbangan Taktikal
Kredit: Bernama

TUDM Bakal Laksana Latihan Penerbangan Taktikal, Terbang Rendah Di Sabah

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan penerbangan taktikal pada altitud rendah di ruang udara sekitar kawasan Op PASIR di daerah Sandakan, Sabah.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan Search and Rescue Exercise Air Region 2 Tahun 2025 (SAREX AR 2/25) akan berlangsung dari 29 September hingga 3 Oktober 2025.

Difahamkan, tujuan latihan yang diadakan ini adalah untuk menguji tahap keupayaan Military Rescue Sub Centre East (Mil-RSC East) di Markas Wilayah Udara 2 dalam melaksanakan koordinasi carilamat bersepadu antara tentera dan agensi awam di Pantai Timur Sabah.

Selain itu, latihan ini juga bertujuan mengekalkan kompetensi dan kemahiran pegawai serta anggota dari aspek merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan misi carilamat.

Orang ramai diminta tidak berasa panik

“Untuk makluman orang ramai, sepanjang tempoh latihan ini dilaksanakan, pesawat-pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal pada altitud rendah

“Di samping itu, terdapat pergerakan aset-aset maritim milik agensi penguatkuasa yang terlibat di kawasan-kawasan latihan yang telah digazetkan,” ujar kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, pihak TUDM menyeru dan menasihatkan orang ramai agar tidak berasa panik sekiranya melihat pesawat-pesawat berkenaan terbang pada altitud rendah.

Pihak TUDM turut meminta orang ramai agar tidak berasa cemas apabila melihat kehadiran aset pertahanan di kawasan sekitar sepanjang tempoh latihan ini dijalankan.

BACA: Untuk Pengguna Perodua, Ini Risiko Jika Tertekan ‘Push Start Button’ Ketika Memandu
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat

Sumber: Tentera Udara Diraja Malaysia via Facebook