Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bapa Sanggup Jalan Kaki
Kredit: @imnotrush
Tiada Kategori

Anak Mengadu Sakit Kepala, Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Anak Mengadu Sakit Kepala, Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta

Lelaki bergelar ‘Ayah’ merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan kita, bermula dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir nanti.

Ayah bukan sekadar pencari nafkah, malah dialah pelindung, pendidik, pembimbing dan sumber kekuatan keluarga.

Karakter sang ayah biasanya digambarkan sebagai seorang tegas, lebih banyak berdiam, jarang memujuk dan tidak pandai menunjukkan kasih-sayang kepada anak-anak.

Mungkin perkataan ‘sayang’ jarang diungkapkan tetapi kehadiran anak merupakan hadiah untuk ayah yang paling bermakna. Walaupun anak-anak telah meningkat dewasa, naluri keibubapaan tidak pernah luntur.

Seorang bapa tetap akan berasa risau dan bimbang apabila mendengar keluhan anak-anak tentang kesusahan atau kepayahan yang mereka alami, walaupun anak-anak itu sudah pun berdikari dan mempunyai kehidupan sendiri.

Ayah sanggup jalan kaki ke tempat kerja anak

Baru-baru ini, seorang bapa turut melakukan perkara yang sama selepas anak perempuannya mengadu berasa tidak sihat sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @imnotrush di TikTok, kelihatan ayahnya sedang berjalan di satu deretan kedai di pusat bandar Seremban untuk ke pejabat anak perempuannya.

Manakala wanita tersebut sedang berada di dalam kereta menunggu ketibaan ayahnya.

Sewaktu menunggu, wanita ini tidak sangka bapanya itu sanggup berjalan kaki dari tempat kerjanya yang juga berada di sekitar kawasan tersebut.

Menurut @imnotrush, dia awalnya mengadu pada ayahnya tidak larat untuk memandu pulang ke rumah kerana mengalami sakit kepala.

Selepas mengetahui keadaan anak perempuannya itu, si ayah kemudian meminta @imnotrush menunggunya di kawasan parkir.

Melihat perkara itu secara tidak langsung membuatkan dia berasa sebak melihat pengorbanan ayah.

Video berdurasi 27 saat turut memaparkan kelihatan si ayah tersenyum apabila ditegur individu dikenali sewaktu sedang berjalan.

“Ayah jalan kaki dari Wisma pergi dekat tempat kerja kita, kita ingatkan ayah minta tolong kawan dia hantar ke apa. Dari nangis tahan sakit kepala terus nangis sebak tengok ayah

“Ayah, semoga Allah SWT balas setiap penat lelah ayah melayan kerenah anak-anak dengan syurga paling indah tau,” ujarnya di ruangan kapsyen.

BACA: Indonesia Iktiraf Israel Jika Palestin Capai Kemerdekaan – Prabowo

Sumber: @imnotrush via TikTok