Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Sebab Kuota BUDI95 Ditetapkan Pada 300 Liter Sebulan
Ramai yang masih keliru mengenai insiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan salah satu persoalan yang timbul adalah kenapa kerajaan memilih 300 liter.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata penetapan had liter itu dibuat berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan sumber Kementerian Kewangan.
Menurutnya, anggaran taburan penggunaan RON95 menunjukkan 90 peratus daripada pengguna kenderaan menggunakan 140 liter dan ke bawah (sebulan). Manakala, 95 peratus pula menggunakan 180 liter dan ke bawah (sebulan).
“Apa yang telah ditetapkan ialah di tahap 99%. Jemaah Menteri telah tetapkan bahawa mereka ingin pastikan hampir kesemua dari segi penggunaan rakyat biasa dapat diliputi dalam had kelayakan ataupun kuota yang ditetapkan iaitu 300 liter.
“Contoh Perodua Axia, memang cukuplah kalau setiap hari ulang alik antara Seremban ke Kuala Lumpur. Kalau guna Proton Saga, pengguna dapat ulang-alik kerja untuk 200km.
“Jadi, diharapkan bahawa had kelayakan 300 liter sangat mencukupi,” katanya.
Beliau bercakap mengenai perkara itu menerusi satu taklimat mengenai BUDI95 pada Selasa.
Selain itu beliau juga berkata peraturan berhubung kenderaan pendaftaran asing yang dilarang membeli RON95 masih terpakai.
“Dasar berhubung kenderaan pendaftaran asing kekal, mereka tetap tidak dibenarkan membeli RON95, mereka hanya boleh beli RON97 dan ke atas,” katanya.
Selain itu, warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara seperti Singapura dan Thailand, pulang ke Malaysia membawa kenderaan pendaftaran negara itu, mereka juga tidak dibenarkan membeli RON95.
“Itu dasar yang sudah sedia ada. Saya harap ini jelaskan kekeliruan, kalau kenderaan pendaftaran asing walaupun pemandu warga Malaysia, memang tidak boleh guna RON95 ,” katanya.
Beliau juga mengulas mengenai individu yang tidak mempunyai lesen memandu. Menurutnya, undang-undang perlu diikuti dan setiap pemandu kenderaan perlulah mempunyai lesen memandu.
Ujarnya lagi, lebih 25,000 orang telah memperbaharui lesen memandu dalam sehari susulan inisiatif ini.
Sumber: MOF