Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Wanita Maut Terpijak Asid
Kredit: SCMP

Wanita Maut Terpijak Asid ‘Pelarut Tulang’ Ketika Berjalan Di Kawasan Bukit

Athirah

Wanita Maut Terpijak Asid ‘Pelarut Tulang’ Ketika Berjalan Di Kawasan Bukit

Seorang wanita di timur China dilaporkan meninggal dunia selepas terpijak bekas mengandungi asid hidrofluorik atau dikenali sebagai asid ‘pelarut tulang’, lapor portal South China Morning Post.

Dalam kejadian yang berlaku pada 9 September lalu, seorang wanita berusia 52 tahun rebah ketika melalui kawasan berbukit berhampiran sebuah penempatan yang dijadualkan untuk dirobohkan.

Bahan kimia itu menyebabkan pembengkakan yang serius sebelum mangsa dikejarkan ke hospital tempatan. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kegagalan pelbagai organ dan ketidakseimbangan elektrolit kritikal.

“Harapan untuk menyelamatkan pesakit ketika itu amat tipis,” ujar salah seorang doktor kepada media tempatan.

Dalam masa sama, doktor turut memberi amaran bahawa pendedahan kepada bahan kimia tersebut memerlukan tindakan segera, termasuk menanggalkan pakaian yang tercemar, membilas dengan air dan mendapatkan rawatan perubatan.

Mangsa maut selepas lima hari bertarung nyawa

SCMP melaporkan wanita berkenaan disahkan meninggal dunia lima hari selepas dirawat akibat kegagalan jantung dan paru-paru.

Di samping itu, anak mangsa turut meluahkan kesedihan di media sosial dan mendapat perhatian warga maya

“Saya tidak sempat melihat keajaiban berlaku. Ibu pergi terlalu cepat, dengan cara yang kami tidak mampu fahami,” katanya.

Pihak polis yang menjalankan siasatan dan menemui dua lagi botol asid di kawasan sama sebelum ia dilupuskan.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki bernama Ai, bekas tukang cuci yang dipercayai meninggalkan bekas asid berkenaan sejak tahun 2015.

Menurut SCMP, asid hidrofluorik adalah cecair tidak berwarna yang sangat menghakis, selain mampu melarutkan logam serta kaca.

Ia digunakan dalam industri dan bidang pergigian bagi tujuan menanggalkan karat, mengukir kaca serta rawatan permukaan.

Walaupun pendedahan kecil kepada asid itu boleh membawa maut kerana ia menembusi kulit, menghakis tisu dan tulang sehingga digelar ‘pelarut tulang’.

Difahamkan, insiden yang sama pernah berlaku pada Januari lalu apabila seorang lelaki mengalami hakisan pada tiga jarinya ketika sedang membersihkan seramik menggunakan bahan kimia itu, walaupun sudah memakai dua lapisan sarung tangan.

BACA: Jurutera Bawa Demostrasi, Beri Penjelasan Punca Berlaku Lubang Benam Di Thailand

Sumber: South China Morning Post