Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama

10 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Manakala di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diramal hujan petang ini.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim. Manakala di Perak pula seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara di Kelantan, beberapa kawasan diramal hujan seperti Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang. Bagi Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera antara lokasi dijangka hujan petang ini. Selain itu, di Selangor pula meliputi Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Di Negeri Sembilan, empat daerah dijangka hujan termasuk Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Sementara itu di Melaka hanya daerah Jasin sahaja.

“Bagi Johor, hujan diramal landa kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat hanya Kapit (Song),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia