Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir diramal akan berlaku di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di negeri Perak melibatkan kawasan Muallim.
Beralih ke Kelantan, amaran dikeluarkan di kawasan Jeli. Manakala Pahang pula, amaran melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh.
Untuk negeri Selangor, kawasan terjejas ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
Bagi negeri Johor pula, daerah yang diramal hujan lebat adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Seterusnya, di negeri Sarawak, amaran dikeluarkan bagi penduduk di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Akhir sekali, amaran turut dikeluarkan bagi daerah di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid) dan Kudat (Kota Marudu).

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.