Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Respon TMJ Berhubung Isu Hukuman FIFA

Iqbal Yasir
respon tmj Hukuman fifa
Gambar: Bernama

Ini Respon TMJ Berhubung Isu Hukuman FIFA

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) memberi respon keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.

“FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now?

“Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?

“Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.

“Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

“Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,”tulis baginda.

Sebelum ini, badan bola sepak sepak negara memaklumkan telah menguruskan segala dokumentasi serta prosedur berkaitan secara telus mengikut garis panduan yang ditetapkan dan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Sumber: Facebook HRH Crown Prince Of Johor

BACA: Kenyataan Rasmi America de Cali Berhubung Hukuman FIFA Kepada Rodrigo Holgado

BACA: Kenyataan Rasmi FAM Berhubung Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA

BACA: Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik, Pembersihan Amalan Ketirisan – PM Anwar