Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Terkejut Dengar, Mat Saleh Dedah Perkara Ia Paling Tak Suka Soal Malaysia

Hannah
salah faham pasal malaysia
Gambar: BERNAMA

Terkejut Dengar, Mat Saleh Dedah Perkara Ia Paling Tak Suka Soal Malaysia

Malaysia memang sudah lama dikenali sebagai destinasi percutian pilihan dunia. Dari pulau tropika yang indah hingga kota raya yang meriah, Malaysia sentiasa menawarkan pengalaman yang memukau.

Ditambah pula dengan kepelbagaian makanan yang menggamit selera dan keramahan rakyat, tidak hairanlah ramai pelancong asing jatuh cinta untuk datang ke sini.

Namun, baru-baru ini tular satu perkongsian daripada seorang pelancong Mat Saleh yang berkongsi pengalamannya. Katanya, Malaysia memang hebat, tetapi ada satu perkara yang membuatkan dia kurang selesa, iaitu isu jerebu.

“Masalahnya, ia bukan salah Malaysia pun…”

Dalam videonya, pelancong berkenaan menjelaskan bahawa isu jerebu di Malaysia bukan berpunca daripada negara ini. Tetapi, datang daripada pembakaran hutan terbuka di Indonesia.

Dia meluahkan rasa kecewa apabila jerebu menjejaskan kualiti udara hingga ada ketika, bangunan di seberang jalan pun kabur dan sukar dilihat.

“Perkara paling saya tak suka tentang Malaysia adalah jerebu. Tapi masalahnya, ia bukan salah Malaysia pun, ia datang dari Indonesia,” jelasnya.

Malah, dia mengimbas kembali pengalamannya sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19.

Katanya, dia sudah biasa memakai pelitup muka ketika berada di Malaysia. Bukan kerana virus, tetapi kerana asap tebal akibat pembakaran hutan di Sumatera.

Pernah tinggalkan Malaysia demi cari udara bersih

Lebih mengejutkan, pelancong itu mengakui jerebu pernah memaksanya meninggalkan Malaysia untuk sementara waktu. Ini semata-mata kerana dia mahu mencari udara segar di negara lain.

Katanya, keadaan itu cukup membebankan kerana udara bersih sepatutnya menjadi hak asas semua manusia. Ia tidak sepatutnya dinafikan akibat pencemaran merentasi sempadan.

“Tolonglah cari teknologi yang lebih baik, guna traktor atau mesin untuk uruskan tanah, bukan dengan cara bakar semua sampai kami terpaksa hidup dengan abu,” nasihatnya buat negara seberang.

Malaysia tetap hebat di mata pelancong

Walaupun begitu, pelancong tersebut tetap menegaskan bahawa Malaysia masih sebuah negara yang hebat untuk dilawati.

Katanya, hakikat bahawa masalah paling buruk di Malaysia datang dari luar negara, sudah cukup membuktikan betapa baiknya pengalaman yang dia lalui sepanjang berada di sini.

“Saya sebenarnya suka Malaysia. Kalau nak dibandingkan, masalah paling besar pun datang dari luar. Itu sahaja. Jadi, Malaysia memang sebuah negara yang hebat,” ujarnya sambil menambah dia juga menyukai Indonesia, tetapi berharap negara itu lebih serius menangani isu jerebu yang menjejaskan jiran serantau.

BACA: Pelancong Asing Terkejut Dengan ‘Perangai’ Pemandu e-Hailing Malaysia

BACA: Ramai Terkedu Bila Pelancong Jepun Kongsi Gambar ‘Lorong’ Di Malaysia

BACA: Lelaki Non-Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al-Quran Pada Van Jenazah

Sumber: TikTok @mikehelfmans_curiosity