Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Sangat Indah…” Pelancong Wanita Kongsi Pengalaman Dengar Laungan Azan Di Masjid Malaysia, Akui Beri Kesan Mendalam

Laungan Azan
Kredit: Tiktok @12d_life

Setiap negara mempunyai keunikan budaya dan cara hidup tersendiri yang membezakannya daripada tempat lain.

Ada kalanya, perkara yang dianggap biasa oleh penduduk tempatan mampu memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada orang luar.

Di Malaysia, laungan azan yang berkumandang dari masjid lima kali sehari sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat, khususnya umat Islam.

Laungan azan yang kedengaran dari satu masjid ke masjid lain turut mewarnai suasana harian, termasuk pada awal pagi ketika kebanyakan orang masih lena dibuai mimpi.

Dengar laungan Azan di masjid Malaysia

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna TikTok @12d_life menarik perhatian apabila dia menceritakan pengalamannya mendengar laungan azan sepanjang berada di Malaysia.

Menurutnya, antara perkara menarik yang dialaminya ialah apabila dapat mendengar laungan azan daripada beberapa masjid pada waktu yang sama.

Kredit: Tiktok @12d_life

Dia turut menyifatkan laungan azan sebagai satu pengalaman yang indah, malah menganggapnya seperti jam penggera semula jadi yang membangunkannya pada awal pagi.

“Kalau biasanya anda bangun pukul 6 pagi, anda tak perlukan jam penggera kerana laungan azan akan mengejutkan anda,” katanya.

Lebih menarik, wanita itu mengakui pengalaman tersebut memberikan kesan positif kepadanya meskipun dia tidak menganut sebarang agama.

“Bagi saya, itu sesuatu yang indah kerana ia mengingatkan kita bahawa kita ialah makhluk yang mempunyai sisi ketuhanan.

Kredit: Tiktok @12d_life

“Walaupun saya tidak menganut sebarang agama, saya sangat suka mendengarnya dan merasai sendiri budaya ini dengan begitu dekat ketika berada di sini,” katanya.

Tambahnya, dia turut berasa terinspirasi ketika mendengar laungan azan meskipun tidak memahami perkataan yang dilaungkan.

Kredit: Tiktok @12d_life

“Walaupun saya tidak memahami satu perkataan pun daripada apa yang mereka ucapkan, suasana dan energi daripada doa itu sahaja sudah cukup untuk membangkitkan semangat saya.

“Terima kasih, Malaysia,” katanya.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan mengenai maksud dan keistimewaan laungan azan dalam kehidupan umat Islam.

Ada yang menjelaskan bahawa azan bukan sekadar panggilan untuk menunaikan solat, malah menjadi peringatan untuk mengingati Sang Pencipta.

“Ia merupakan panggilan untuk mengingatkan kita supaya mengingati Sang Pencipta sebanyak lima kali sehari,” komen seorang netizen.

“Azan ialah panggilan untuk solat. Ia mengingatkan umat Islam bahawa sudah tiba waktunya untuk menunaikan solat dan mengajak mereka bersolat di masjid,” komen seorang lagi.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang meluahkan rasa gembira apabila mengetahui wanita berkenaan menikmati pengalamannya sepanjang berada di Malaysia.

“Saya gembira awak menikmati masa sepanjang berada di sini,” komen netizen.

Sumber:@12d_life
Intipati
  • Pelancong wanita berkongsi pengalaman mendengar laungan azan sepanjang berada di Malaysia.
  • Beliau menyifatkan azan sebagai indah dan memberi kesan positif kepada dirinya.
  • Netizen menjelaskan azan ialah panggilan solat serta peringatan mengingati Sang Pencipta.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan