Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rajin Derma Darah, Wanita Kongsi Pengalaman Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Rajin Derma Darah
Kredit: cikennuggets_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Menderma darah merupakan satu amalan mulia kerana darah yang kita dermakan mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Malah, tahukah anda bahawa penderma darah di Malaysia turut diberikan pelbagai manfaat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka?

Antara yang berkongsi pengalaman menerima manfaat tersebut ialah seorang pengguna Threads, Fatima Zahara, yang memaklumkan bahawa dia dapat bersalin di wad kelas kedua Hospital Cyberjaya secara percuma.

Menurut Fatima, dia melahirkan anaknya melalui pembedahan Caesarean kecemasan (C-section) disebabkan bayi mengalami tekanan janin (fetal distress) pada 23 September lalu.

Rajin derma darah

“Terima kasih kerajaan Malaysia atas keistimewaan yang diberikan kepada kami sebagai penderma darah tegar.

“Berjaya bersalin di wad kelas kedua Hospital Cyberjaya secara percuma. Hospital Cyberjaya memang tiada wad kelas pertama ya. Saya dimasukkan ke wad selama tiga hari.

“Saya melahirkan bayi melalui pembedahan Caesarean kecemasan (C-section) disebabkan bayi mengalami tekanan janin (fetal distress).

“Jumlah keseluruhan kos rawatan tanpa subsidi hampir mencecah RM4,000. Namun, selepas menerima subsidi, saya hanya perlu membayar sekitar RM130 sahaja,” katanya.

Fatima menjelaskan bahawa jumlah bayaran tersebut turut merangkumi kos rawatan bayinya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama seminggu.

“Saya juga tinggal bersama bayi (rooming-in) di NICU selama empat hari. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia serta semua jururawat dan doktor di Hospital Cyberjaya,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, Fatima turut memuat naik gambar kad derma darah miliknya yang memaparkan rekod tarikh pendermaan darah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama dengan Fatima.

“Saya pun last year discharged tanpa bayar apa apa di HCJ sebab penderma darah,” kata seorang netizen.

“Dapat merasa wad kelas pertama dekat IKN, Putrajaya,” kata seorang lagi.

Sumber:Threads
Intipati
  • Fatima Zahara berkongsi pengalaman bersalin di wad kelas kedua Hospital Cyberjaya secara percuma.
  • Beliau menjalani pembedahan Caesarean kecemasan selepas bayinya mengalami tekanan janin pada 23 September.
  • Kos hampir RM4,000 dikurangkan melalui subsidi, termasuk rawatan bayi di NICU selama seminggu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan