Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

GSF: Kerajaan Sedang Manfaatkan Segala Saluran Diplomatik – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kini sedang memanfaatkan segala saluran diplomatik yang sedia kuat di peringkat antarabangsa untuk membebaskan aktivis dan sukarelawan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas kerajaan Malaysia menegaskan komitmen penuh untuk melakukan yang terbaik bagi membebaskan rakyat yang ditahan selepas konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dipercayai dipintas Israel.
“Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera. Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza.
“Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan. Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat.
“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa setiap ahli keluarga mereka yang terlibat akan terus dimaklumkan mengenai segala maklumat serta perkembangan proses pembebasan mereka.
BACA: GSF: Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa – Anwar
Sumber: Anwar Ibrahim